Pening Nak Cari Cleanser Yang Sesuai Dengan Kulit Muka? Boleh Ikut 14 Tip Ni Sesuai Juga Untuk Lelaki

Pening Nak Cari Cleanser Yang Sesuai Dengan Kulit Muka? Boleh Ikut 14 Tip Ni Sesuai Juga Untuk Lelaki | Bukan mudah nak mencari produk pencuci muka yang benar-benar bagus dan berkesan. Dengan lambakan produk pencuci muka di pasaran, membuatkan kita sukar untuk memilih yang mana satu sesuai dengan kulit muka.

Untuk itu, anda perlu berkorban wang sedikit untuk menguji keberkesanannya. Secara asasnya, kalau produk itu membuatkan kulit muka tegang dan pedih, berhentilah segera dari terus menggunakannya.

Iman Abdul Rahim berkongsi 14 tips bagaimana memilih produk pencuci muka yang bersesuaian. Semoga bermanfaat.

cleanser, tip pencuci muka, cara pilih pencuci muka, pencuci muka lelaki, pencuci muka perempuan, pencuci muka sesuai dengan kulit, cleanser untuk lelaki, cleanser untuk perempuan

HOW TO CHOOSE YOUR CLEANSER?

1. Kalau dah memang ada cleanser, rasa ketat dan pedih tak bila pakai? Kalau ya, mungkin tak sesuai. Sepatutnya kena rasa smooth dan selesa saja.

2. Kalau pencuci muka sekarang dah best? Tak perlu baca dah thread ini. Hahaha!

3. Try to avoid cleanser yang rasa drying and high pH cleanser. Cari yang low pH around 4-6, 7 pun acceptable sebab kulit kita around that pH. Kalau high pH, mungkin boleh kacau skin barrier.

4. If you have sensitive skin, avoid SLS, alcohol, fragrance, menthol, peppermint, limonene, linalool yang membuatkan rasa berangin pun avoid. Haa, pergi periksa ingredient pencuci muka korang sekarang!

5. Pencuci muka ini biasanya ada surfactant (larutkan kotoran supaya senang bilas), emolliants and humectants untuk kurangkan harshness dan buat kulit jadi lebih lembut.

6. Nak guna gel ke, cream ke, foam ke, boleh ikut suka hati walaupun ada yang suggest cream sesuai untuk dry skin. Gel sesuai untuk oily skin. Tetapi ini kena cuba-cuba sendiri juga.

7. Baca banyak reviews, try samples dulu kalau boleh (lagi-lagi yang harga mahal).

8. Better guna yang tak ada bead/macam scrub itu sebab takut over exfoliate kalau guna setiap hari.

9. Cleanser yang ada exfoliation propertis (AHA/BHA), anti acne, anti aging, antioxidant ini a bit expensive tetapi membazir sebab kita bila. Dia kena duduk atas kulit baru berkesan. Cleanser untuk cuci muka saja, tetapi kalau ada extra money and nak beli juga, well it’s your money. Hehe!

10. For me, a good cleanser kena do the job (cuci muka), gentle, tak buat kulit rasa kering dan ketat, low pH, tak ada ingredients macam SLS, fragrance, alcohol (kalau kulit sensitif).

11. Nak tahu cleanser itu cuci muka kita betul-betul ke tidak, ambil toner letak pada cotton pad dan swipe atas muka. Selepas itu check ada kotoran lagi ke tak? Kalau masih ada kotoran bermaksud cleanser itu tak cuci muka betul-betullah tu kot.

12. Cara mencuci muka pula, janganlah tonyoh kuat-kuat. Apply circular motion.

13. Selepas cuci muka, jangan lap kuat-kuat menggunakan tuala. Dab-dab sahaja.

14. Guna towel asing untuk muka dan badan.

‘Tips’ ini bukan sahaja untuk wanita, malah lelaki pun boleh. Memang sukar nak mencari pencuci muka yang bersesuaian tetapi jangan berputus asa.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 2 =