Kaedah Pengiraan Dos Ubat Demam Pada Anak-anak

Puas bagi ubat tetapi demam anak tetap tak kebah. Haa… itu kena semak balik bab dos ubat demam yang dibagi pada anak.

Bila anak-anak demam, punyalah mak-amak gelisah. Nak tidur pun tak lena sebab risau demam anak makin melarat, jadi kerjanya asyik tengok jam sebab nak bagi ubat ikut masa yang betul.

Namun macam mana pula dos ubat yang anda bagi kepada anak-anak? Ikut yang ditulis doktor pada botol atau main teka-teka? Maklumlah kadang tulisan di botol pun boleh hilang. Haaa… nak selamat eloklah mak-mak ambil tahu cara pengiraan dos ubat demam kanak-kanak berdasarkan perkongsian Puan Huda Azmin ini…

15mg/kg berat anak/dose

Jika berat anak 11kg

15mg x 11kg = 165mg

Di pasaran terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml. Pastikan ibu-ibu semua tahu kekuatan ubat sebelum kira ya.

Bagi kekuatan 250mg/5ml:

*5÷250 × 165mg*

Perlu minum 3.3ml 3kali sehari

Bagi kekuatan 120mg/5ml:

*5÷120×165mg*

Perlu minum 6.8 ml 3 kali sehari

Pastikan ibu-ibu semua membuat pengiraan dengan betul dos ubat agar anak diberikan ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak. Ini penting untuk pastikan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.

NOTA:

Ubat demam tidak perlu simpan dalam peti, ya. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yang jauh dari capaian anak-anak. Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Ibu-ibu boleh tulis tarikh buka pada botol ubat.

Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah swt. Kita berusaha Allah jua penyembuhnya.

Huda Azmin

Ummu Huzair Humaidi Husaini
Puan Farmasi Gomen

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − 7 =