Sekarang Anda Boleh Buat Pengeluaran ASNB Secara Online Melalui myASNB, Ini Caranya!

Sekarang Anda Boleh Buat Pengeluaran ASNB Secara Online Melalui myASNB, Ini Caranya! | Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula 20 April.

Waktu pengeluaran ASNB dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB adalah Unit Amanah Harga Tetap (7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum); Unit Amanah Harga Berubah (7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum).

Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. Bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB itu dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Cara membuat pengeluaran ASBN secara dalam talian

Buat masa ini, kemudahan ini hanya ditawarkan menerusi portal myASNB, tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020 dan pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Berikut dikongsikan langkah-langkah pengeluaran ASB secara online:

Pengeluaran ASNB

Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB Pengeluaran ASNB

Masalah Ketika Permohonan Pengeluaran ASBN?

Bagi yang belum mempunyai akaun myASNB online, anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB. Pastikan sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran ASNB, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 8 =