Batuk Sampai 2-3 Minggu, Wanita Dedah Cara Hilangkan Batuk Yang Dikongsi Oleh Jirannya

Hati mula resah gelisah bila batuk dah 2-3 minggu tak sembuh. Jangan gelabah, baca sampai habis dahulu.

Agak-agak kalau anda atau anak-anak batuk teruk anda lebih suka ambil ubat atau amalkan sejenis petua tradisional?

Apabila kanak-kanak batuk teruk kadang-kala boleh menyebabkan mereka mula sesak nafas dan bagi kanak-kanak atau warga tua yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma memang boleh mengundang bahaya.

Selsema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi.

Secara semulajadi, selsema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman. Di dalam terminologi perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak.

[sociallocker id=”6857″]

Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara anda daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.

Sebab batuk berpanjangan

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Penawar batuk teruk

  • Kebanyakan batuk berpanjangan tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak sahaja. Gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Cara hilangkan batuk berpanjangan dengan alami

Mesti ramai dah tak tahan dengan batuk teruk yang berterusan meskipun dah cuba pelbagai jenis ubat batuk dan petua yang lain. Kalau diikutkan petua dari Puan Raabiatul Adawiyah Abu Bakar ini, minuman ini cukup mujarab rawat batuk-batuk. Jom tengok macam mana cara nak buat petua tradisional ini bagi merawat batuk teruk.

Dah 2 3 minggu batuk sampai jiran sebelah bagi benda petua ini, resepi untuk batuk/MINUMAN KESIHATAN katanya. Bahan pun tak banyak, jiran ni Chinese jadi mereka memang agak hebat bila bab petua menggunakan bahan alami.

Ini bahan-bahan nak buat minuman kesihatan untuk batuk teruk:

  • Balang kaca bersih
  • Limau kasturi (40 ke 50 biji)
  • Gula batu (1paket biasa)
  • Asam boi (1paket agak-agak ada dalam 50biji)

Note: TAK PERLU CUKA AIR ATAU SEBAGAINYA

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh limau kasturi kemudian letak dalam dulang atau talam jemur 2-3jam tujuan untuk lembutkan kulit, potong hujungnya pastikan perkakas tak ada sebarang air untuk mengelak kan dia berkulat)
  2. Perah limau tadi tapis buang bijinya dan masuk dalam balang yang kering dan bersih.
  3. Susun cara layer gula batu, asam boi dan kulit limau yang dah perah tadi dalam bekas yang sama tutup dan biar JANGAN USIK SELAMA 3BULAN!
  4. Akhir sekali, simpan di tempat bersuhu bilik tak perlu PETI AIS.

Cara minum untuk batuk/sekadar buat minuman kesihatan, sila ambil isi dan jus dia sikit masuk dalam gelas tuang air panas suam then minum. Sangat mudah dan Serius sedap!

NOTA: Jiran kata lain orang lain cara buatnya. Boleh share di komen sekiranya ada cara hilangkan batuk yang lain ya 🙂

[/sociallocker]

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami masalah batuk teruk, apakata anda kongsikan petua ini dengan mereka. Mana tahu petua ini lebih serasi dan menghilangkan batuk teruk mereka 🙂

You might also like
2 Comments
  1. […] ramai yang dah cuba ubat mencairkan kahak dan pelbagai lagi jenis ubat di farmasi namun belum mendapatkan hasil yang positif. Jadi kami ingin […]

  2. […] ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.