Ini Cara Untuk Pemilik Kedai Buat QR Code MySejahtera, Jimat Tak Perlu Guna Buku Log

Ini Cara Untuk Pemilik Kedai Buat QR Code MySejahtera, Jimat Tak Perlu Guna Buku Log | Dah buat QR Code atau bar scan code MySejahtera di kedai atau premis milik anda? Tak reti nak buat?

Tak menjadi masalah kerana Nurul Hidayatul Akma Salihan ada kongsikan di laman Facebooknya langkah-langkah untuk pemilik kedai mendapatkan QR Code MySejahtera menggunakan cara yang paling mudah.

“Nurul sharekan cara macam mana nak dapatkan QR Code ni bagi pemilik kedai atau premis kerana kerajaan memang sarankan untuk buat.

“Jadi tak payah la buat buku log tulis-tulis nama dan no telefon dah. Cuma cek suhu pelanggan sahaja selepas ni.

“Boleh tengok urutan gambar-gambar di bawah, ikut setiap langkah yang diberikan,” katanya.

LANGKAH 1:

QR Code MySejahtera

LANGKAH 2:

Lepas nampak screen seperti ini, klik button MySejahtera Check-In.

Akan keluar seperti ini.

LANGKAH 3:

Kemudian scroll ke bawah sikit dan nampak button berwarna biru. Jadi, klik button yang biru atas yang tulis Register MySejahtera Check-In.

Lepas tu, akan keluar gambar-gambar untuk verify yang kita bukan ROBOT seperti ini. Just jawab ikut apa yang dia minta.

LANGKAH 4:

– Kemudian, akan keluar form seperti ini. Fill up la company profile dan tekan button “Submit”.

LANGKAH 5:

Then, dapat la QR Code MySejahtera untuk kedai masing-masing. Lepas print out, laminated untuk tahan lama. Kemudian, boleh tampalkan di tempat yang mudah untuk pelanggan scan sebelum melangkah masuk ke kedai atau premis.

Sumber: Nurul Hidayatul Akma Salihan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − two =