Jangan Terlalu Gembira Pembukaan Semula Sesi Persekolahan, Ini 13 Perkara Penting Kena Hadam Dulu!

Jangan Terlalu Gembira Pembukaan Semula Sesi Persekolahan, Ini 13 Perkara Penting Kena Hadam Dulu! | Finally, korang akan balik semula ke sekolah!

Selepas hampir tiga bulan sekolah diarah ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19, semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai.

Mesti para pelajar teruja nak ke sekolah berjumpa kawan-kawan, setelah lama berkurung di rumah.

Sesi Persekolahan

BACA SINI : Ini Cara Buat Sticker Nama Anak, Siapkan Awal Sebelum Sesi Persekolahan. Senang Je!

Namun perlu diingatkan, semua sesi persekolahan di seluruh negara yang dibuka semula perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta mengamalkan normal baharu.

Berikut kami kongsikan 13 perkara penting tentang Sesi Persekolahan yang anda perlu tahu sepertimana yang dimaklumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada Rabu.

1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.

2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.

3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti kokurikulum adalah tidak dibenarkan.

4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

5. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

6. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi setelah mengambil kira penjarakan sosial.

7. Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

8. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

10. Pembukaan semula Sesi Persekolahan sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.

11. Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai 2020. Ini termasuklah pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat perkembangan.

12. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri sepanjang Sesi Persekolahan.

13. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka disarankan untuk mematuhi tarikh cadangan pembukaan semula Sesi Persekolahan oleh KPM dengan mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.

Welcome back guys!

BACA DISINI: Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR Dihasilkan Oleh Siswa Uniten

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − nine =