Ini Cara Pastikan Ayam Kekal Segar Dan Tahan Lama Dalam Peti Ais

Sudah menjadi rutin setiap keluarga untuk ‘restock’ barang-barang dapur tiap-tiap minggu ataupun bulan. Yela, nak beli barang dapur setiap hari memang agak menyusahkan. Jadi sekali shopping tu belilah dalam kuantiti yang banyak supaya tahan beberapa hari.

Barang-barang dapur yang selalu dibeli termasuklah bahan-bahan masak basah ataupun kering seperti ayam, ikan, sayuran dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang kita risau bila beli bahan dapur banyak-banyak ialah tahap kesegaran bahan basah itu. Terutama sekali kalau beli ayam.

Sudah pasti, dalam list barang-barang dapur ayam memang tidak akan ketinggalan untuk dibeli. Bukan apa, ayam ini adalah satu-satunya masakan mudah dimasak dengan pelbagai menu dan ianya sedap.

Tapi, tahukan anda, ayam akan kehilangan kesegaran selepas beberapa hari dalam peti sejuk. Nak masak pun hilang mood bila ayam dah tak segar. Rasa lain bila ayam tak segar dimasak bersama.

ayam kekal segar, cara simpan ayam, ayam tahan lama, simpan ayam dalam peti ais, petua simpan ayam segar,

Jom cuba tip mudah bagaimana nak memastikan ayam yang kita simpan lama dalam peti sejuk kekal segar dan sedap.

Ayam Dalam Peti Sejuk Kekal Segar, Ini Tipnya::

1. Selepas pulang dari pasar, segera bersihkan ayam dan disimpan terus dalam peti sejuk. Jangan biarkan terdedah terlalu lama pada suhu bilik.

2. Simpan ayam dalam bahagian yang sejuk beku atau yang paling sejuk.

3. Jika anda tidak sempat mencuci ayam yang dibeli dan terus simpan dalam peti sejuk, pastikan ia tidak lebih dari dua hari.

4. Ayam yang sudah dimasak boleh juga disimpan dalam peti sejuk tetapi tidak lebih dari dua hari juga.

ayam kekal segar, cara simpan ayam, ayam tahan lama, simpan ayam dalam peti ais, petua simpan ayam segar,

Ini hanyalah sebahagian tip atau petua yang kerap diguna bagi memastikan kesegaran ayam yang disimpan terus kekal lama. Ada juga petua yang meletakkan garam sedikit ketika hendak menyimpan ayam yang telah anda bersihkan. Anda boleh bereksperimen di dapur anda sendiri ya!

Diharapkan tip ini memberi info yang betul tentang cara menyimpan ayam agar sentiasa segar walau disimpan lama dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Sampai Berbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment