Pasangan Tunang Ini Deko Rumah Sebelum Kahwin, Kahwin Nanti Terus Pindah.

Pasangan Tunang Ini Deko Rumah Sebelum Kahwin, Kahwin Nanti Terus Pindah. | Sepanjang kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai yang mengambil peluang membuat pelbagai aktiviti bermanfaat ketika berada di rumah.

Ada ramai yang berkongsi pelbagai jenis resepi kuih-muih dan masakan yang berjaya mereka cuba di media sosial.

Malah ada juga yang menggunakan peluang ini untuk menghias rumah kediaman mereka seperti salah seorang pengguna Twitter ini, Ajai.

Deko rumah semasa PKP

Menerusi laman Twitter, lelaki ini berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama tunangnya sewaktu PKP dengan membuat persiapan rumah sebelum mereka berkahwin nanti.

Beli perabot dari kedai mampu milik

Selain itu, mereka turut berkongsi dengan pengguna lain beberapa info yang mereka gunakan dalam proses mengubahsuai rumah tersebut.

deko rumah

Pembahagian tugas turut dilakukan oleh pasangan ini untuk memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian ketika dalam PKP ini.

Pasangan ini hanya mendapatkan perabot dan barang keperluan rumah daripada beberapa kedai keperluan yang orang mampu untuk beli contohnya kat Shopee, Kaison dan banyak lagi.

Kos deko rumah lebih kurang RM2,000 dapat rumah cantik

Melihat pada hasil dari kerja keras pasangan ini, mereka patut berbangga kerana berjaya mengubahsuai rumah dengan kos lebih kurang RM 2,000 untuk mendapatkan suasana rumah yang tenang dan cantik ini.

Pasangan ini bersungguh-sungguh membuat persiapan itu memandangkan kehidupan selepas berkahwin jauh lebih penting demi keselesaan bersama.

Twitter tersebut turut dibanjiri dengan komen positif dari netizen yang kagum dan bangga dengan usaha pasangan ini dalam membuat persiapan rumah mereka.

BACA: 3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang Dilakukan Wanita Ini

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 4 =