Tip Untuk Dapat Anak, Pasangan Suami Isteri Boleh Cuba Makan Buah Kurma Liat

Tip Untuk Dapat Anak, Pasangan Suami Isteri Boleh Cuba Makan Buah Kurma Liat | Setiap pasangan di dunia ini setelah mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian dan keinginan untuk menimang cahaya mata kerana anaklah penyeri hidup setiap keluarga.

Tetapi tidak semua impian terus menjadi kenyataan kekadang adanya rintangan dan ujian yang terpaksa dilalui oleh sesetengah pasangan. Kesukaran untuk mendapatkan anak pastinya terjadi walaupun berbagai usaha telah dilakukan. Kadang kala paling menyedihkan sudah mengandung tetapi keguguran pula.

dapat anak

Namun, disebalik kesukaran pasti ada jalan dan ikhtiar yang boleh dilakukan. Ada juga petua tertentu dan juga tips serta cara untuk mengandung mengikut amalan petua orang tua dulu-dulu yang boleh diikut agar dapat menimang anak.

Tip Untuk Dapat Anak Dengan Mengamalkan Kurma Liat

Berikut adalah cara untuk dapat anak yang dikongsikan oleh Ani Sup Utara untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan anak dengan memakan buah kurma yang liat.

Bahan-bahan:

  • Buah kurma yang betul-betul liat sekilogram (kurma biasa pun boleh)
  • 1 liter susu kambing segar

Cara-caranya:

  1. Ambil segenggam buah kurma untuk suami dan isteri
  2. Buangkan bijinya dan masukkan ke dalam blender. Blenderkan kurma dengan susu kambing 1 liter. Blend sampai hancur kesemuanya.
  3. Hasil buah kurma yang telah blend itu bahagikan kepada dua secara sama rata.
  4. Sebelum diminum, sila niat dahulu. Baca surah Maryam ayat 1-12. Selepas itu, suami dan isteri bolehlah minum air kurma itu sampai habis. Jangan disimpan, wajib dihabiskan semuanya.
  5. Keesokkannya dan seterusnya, boleh diamalkan setiap hari segelas susu kambing dan 7 biji kurma dan baca surah Maryam juga.

Insha Allah, pasti Allah tidak akan hampakan kita. Wanita yang mandul juga mampu ‘pregnant’, selagi adanya rahim, selagi itulah dia boleh mengandung dan mendapatkan anak.

Tips dan cara ini saya dapatkan daripada seorang ustaz. Kata ustaz tersebut, kadang-kadang jika kita tak boleh mengandung bukannya disebabkan mandul tetapi rahim kita sebenarnya diganggu oleh makhluk jin yang tumpang berteduh di situ dan menyukarkan kita dapat anak.

Disebabkan itulah kita digalakkan meminum susu kambing sebab susu kambing adalah musuh kepada jin. Jin tidak menyukai dan membenci susu kambing.

Sebelum ini ada yang pernah cuba dengan tip dapat anak ini dan telah terbukti menjadi serta mengandung. Insha Allah, jika sudah rezeki anda, anda pasti mengandung juga.

Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten + 20 =