Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela Ikan Puyu Di Rumah? Ustaz Ni Kongsikan Cara Betul Nak Bela Puyu.

Pernah dengar tak orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, katanya ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus.

Selain itu ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tu. Cuma persoalan yang nak ramai tahu, apa signifikan antara hantu dan makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?

Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.

Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau!

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.

ikan puyu

“Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah,” namun kita harus ingat setiap ciptaaNya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!

Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu.

Walaubagaimana pun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyihir atau menyantau orang lain!

Nak share satu ceramah daripada Ustaz Sharhan mengenai pendapat membela ikan bagi mengelak sihir / pukau. Amalan ni mungkin ada yang buat. Tapi kena tahu, niatnya kena betul. Kenapa? Ini jawapan ustaz.

Orang-orang tua dulu kata, ada pendapat mengatakan dengan cara kita membela bela ikan di dalam akuarium rumah dengan cara kita membela bela dalam kolam depan tangga boleh hindar pukau.

Ustaz Sharhan menyatakan,

” Tiada dalam nas atau riwayat, hanya pendapat orang tua”

Jika betul pun itu hanyalah satu kebetulan

Jika bela ikan dalam akuarium atau ikan puyu dengan harapan dan keyakinan jika ada kuasa yang boleh menghindarkan kuasa ghaib yang boleh hindar daripada pukau, ini adalah syirik yang terang. Jadi hati-hati dengan niat anda.

Bagaimana niat bela ikan puyu yang betul ?

Sambung ustaz lagi,

“Jika kita beriktikad, bahawa aku bela ikan puyu ni bukan ada kuasa pun, tapi dengar-dengar kata orang tua dulu, boleh menghindari daripada pukau, maka dengan bela ikan puyu ni …

Jika Allah izinkan, maka Insya-Allah dengan itu boleh hindari rumah aku daripada pukau… tiada masalah” …

Kesimpulannya, kita hanya bergantung kepada Allah, bukan kepada ikan itu untuk menghindari pukau daripada masuk ke rumah kita.

Wallahualam.

Ikan puyu kebal gangguan syaitan?

Apakah membela ikan puyu dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada gangguan syaitan?

Jawapan: Saya tidak mengetahui dalil bagi isu ini. Mungkin ada amalan pemeliharaan ikan puyu atau haiwan tertentu bagi mengelakkan gangguan syaitan dan sihir.

Tidak salah untuk membela ikan puyu, ia adalah sekadar ikan sahaja. Seeloknya untuk kita lebih rajin membaca al-Quran seperti surah al-Baqarah.

Mengenai surah ini terdapat riwayat yang lebih pasti, seperti rumah yang dibacakan surah berkenaan maka ia tidak akan dimasuki oleh syaitan. Dalam riwayat hadis lain, syaitan tidak akan memasuki rumah yang dibacakan surah al-Baqarah selama tiga hari.

Dalam riwayat lain, surah al-Baqarah tidak mampu ditembusi oleh ahli sihir. Antara maksudnya ialah sihir tidak akan berjaya jika seseorang itu rajin membaca surah al-Baqarah.

Terdapat juga riwayat tentang kelebihan membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam maka mencukupi baginya. Kemungkinan antara maksudnya ialah pemeliharaan Allah dengan berkat bacaan dua ayat ini, begitu juga dengan membaca ayat Kursi.

Sumber : utusan / Ustaz Sharhan

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.