Pernah Rasa Onde-Onde Bunga Telang? Sekali Cuba Mesti Nak Lagi

Pernah Rasa Onde-Onde Bunga Telang? Sekali Cuba Mesti Nak Lagi | Menu semasa berbuka lazimnya pasti ada hidangan kuih muih tidak kira tradisional mahupun moden. Malahan kehadiran pemanis mulut ini biasanya dinantikan oleh anak-anak lebih dari menu utama.

Kuih onde-onde antara kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai ketika berbuka puasa. Lazimnya, kita melihat kuih onde-onde berwarna hijau yang disaluti dengan kelapa parut muda.

Tetapi resipi onde-onde bunga telang yang dikongsi Lily Azhary ini jarang kita jumpa. Mungkin rasanya juga agak sedikit berbeza. Jom cuba![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bahan-bahan

onde-onde

Bagi menyediakan kuih onde-onde bunga telang ini, anda perlu sediakan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air ekstrak bunga telang
  • 2 ketul gula melaka yang sudah dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji kelapa parut muda di ambil putihnya saja
  • garam secukup rasa.

Cara buatnya mudah saja

onde-onde

Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan. Anggaran 50-70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki. Kemudian sejukkan.

BACA: Ini Resepi Mudah Kuih Mochi, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

Apabila sudah sejuk boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula. Ulang proses hingga doh habis.

Rebus dalam air mendidih hingga bebola tadi timbul. Toskan, golekkan di atas kelapa parut yang sudah di gaul dengan garam.

Tip rahsia

onde-ondeSetelah doh diisi inti dan di bentuk sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat. Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.

Sedia untuk dimakan

onde-onde

Kuih onde-onde bunga telang ini sangat dijadikan sebagai pemanis mulut berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber: Lily Azhary

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one + nineteen =