Ni Resipi Mudah Buat Takoyaki. Lagi Jimat, Boleh Makan Puas Satu Keluarga! - Petua Ibu

Ni Resipi Mudah Buat Takoyaki. Lagi Jimat, Boleh Makan Puas Satu Keluarga!

Makanan Jepun, takoyaki ini memang ramai yang suka, termasuk anak-anak. Tapi nak beli selalu tak boleh juga sebab harganya boleh tahan juga, RM10 untuk 10 biji.

Kalau dalam famili ramai yang suka makan maka elok sangat kalau kita buat sendiri. Boleh guna acuan yang ada di rumah asalkan dapat bulat bentuknya.

Cara nak membuatnya pun tak susah sangat. Ikut perkongsian Fuzi Omar:

Resipi Takoyaki (kuantiti 26 – 30 biji)

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besartepung jagung
  • 2 biji telur
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh baking powder

Cara membuat adunan:

  • Campurkan semua bahan dalam bekas besar, kisar dan tapis.
  • Adunan mesti cair mcm adunan roti jala baru lembut takoyakinya.

Bahan inti :

  • Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
  • Kobis bulat dihiris halus

Cara masak takoyaki

Boleh guna kuali paniaram ini

1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak pada setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang.
4. Taburkan sayur pilihan.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

takoyaki

6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis minyak dari masa ke masa di celah-celah acuan.
9. Masak sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan

Bahan hiasan & sos

takoyaki

Dah siap takoyaki tuang:

  • Sos takoyaki (guna sos barbeku pun boleh)
  • Mayonis
  • Seaweed & Bonito flake (beli di bakeri). Bonito flake inilah yang membuatkan takoyaki sedap.

Ok kalau nak buat banyak lagi korang adjust lah bahan-bahannya tu yang penting bonito flake tu wajib ada tau!

BACA JUGA :Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.