Home All Petua Dapur Ni 8 Cara Nak Masak Nasi Lebih Peroi & Cantik!

Ni 8 Cara Nak Masak Nasi Lebih Peroi & Cantik!

26104
0
Ni 8 Cara Nak Masak Nasi Lebih Peroi & Cantik! 1

Cara menanak nasi pastinya semua maklum. Namun cara untuk mendapatkan nasi lebih peroi dan cantik mungkin ramai yang belum tahu. Lebih-lebih lagi untuk menyediakan menu istimewa dengan menggunakan beras basmathi.

Sebenarnya ada petua nak masak nasi ini. Jadi  jom tambah ilmu. Harap lepas ni nasi yang anda masak nampak lebih cantik dan sempurna macam chef. Tapi ada 8 Cara untuk jadikan nasi kita jadi peroi dan masak dengan cantik je…

Semak 8 Cara Jadikan Nasi Lebih Peroi

cara masak nasi peroi, cara masak nasi cantik, cara masak nasi, nasi peroi, nasi cantik, nasi tak lembik, nasi tak keras,
1. SUKAT GUNA CAWAN
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi adalah 2:3 iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.

2. GEMBUR NASI

Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak. Teknik ni memang selalu MF buat walaupun masak nasi guna periuk elektrik.

BACA JUGA: Buat Perencah Nasi Goreng Lebih Sedap Dan Cepat

3. 3 KALI BASUH

Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik. Ni petua mak-mak dulu juga… Basuh sampai airnya hampir jernih lagi elok…Dan basuh ikut bilangan ganjil.

4. GUNA JARI HANTU

Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air.

Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.

cara masak nasi peroi, cara masak nasi cantik, cara masak nasi, nasi peroi, nasi cantik, nasi tak lembik, nasi tak keras,

5. MASAK ATAS DAPUR

Jika memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur kena lebih peka supaya nasi tidak hangit.

Ketika air mulai kering,  perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.

6. LEBIHAN NASI

Untuk membuat nasi goreng, gunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap.

Jika ada lebihan nasi dan merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik, nasi lebih peroi dan sesuai digoreng.

7. MASAK BERAS BASMATHI

Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Jika guna 3 cawan beras, maka airnya juga 3 cawan.

8. MASAK BERAS PERANG

Teknik memasak beras perang, caranya lain sedikit. Seeloknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.

Moga teknik ni berguna untuk mereka yang baru nak belajar masak nasi lebih peroi atau nak upgrade cara memasak nasi supaya nasi masak dengan elok dan cantik. Nasi lebih peroi ni elok sebab tak lembik dan tak keras.

BACA JUGA: Benarkah Cara Masak Nasi Sebegini Tak Menggemukkan?

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here