Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar, Selalu Sakit Sendi Dan Asyik Lesu. Cuba Cek Petanda Ini

Realitinya masih ramai yang lebih gemar meminum air manis berbanding dengan air kosong. Ini mungkin disebabkan air kosong tidak mempunyai apa-apa rasa.

Namun, tahukah anda air kosong kaya dengan pelbagai manfaat? Bukan itu sahaja, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan pelbagai masalah dan penyakit.

Jom lihat 11 tanda penting yang menunjukkan anda mungkin kekurangan air dalam badan:mudah penat, cepat lapar, kulit kering, bibir kering, tanda kurang air, tanda kerap minum air manis, kurangkan air manis, banyakkan minum air masak, keburukan air manis

1. Mulut menjadi kering

Mulut menjadi kering adalah antara tanda yang paling jelas. Bibir anda akan mulai mengelupas dan untuk ‘merawat’nya semula anda biasanya akan menggunakan cecair. Tetapi minuman manis hanya merupakan penyelesaian sementara.

Air kosong boleh menjadi pelincir dalam mulut dan tekak anda yang boleh membuatkan mulut anda menjadi lembap dengan adanya air liur di dalam mulut.

2. Kulit menjadi kering

Kulit adalah organ terbesar badan, jadi sudah tentu ianya perlu kekal terhidrasi. Malah, kulit kering adalah salah satu tanda awal dehidrasi penuh yang boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

Kekurangan air bererti tubuh kekurangan peluh, yang menyebabkan ketidakmampuan tubuh mengeluarkan segala kotoran dan minyak yang berlebihan yang terkumpul sepanjang hari. Sekiranya anda ingin menghentikan jerawat, langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan minum lebih banyak air.

3. Menjadi terlalu haus

Air lain mungkin dapat menghilangkan rasa haus tetapi semua itu tidak berpanjangan. Suka atau tidak anda perlu minum air kosong supaya tubuh anda mendapatkan bekalan air yang cukup di samping air juga dapat memberikan oksigen kepada otak.

BACA JUGA: Inilah 9 Cara Atasi Kulit Kering Bersisik

4. Mata menjadi kering

Air kosong bukan sekadar penting untuk mulut dan tekak tetapi memberi kesan kepada mata. Kekurangan pengambilan air boleh membuatkan mata menjadi kering dan lebih teruk mata boleh berdarah.
Tanpa air dalam badan, saluran air mata menjadi kering. Hal ini boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada mata terutamanya bagi yang memakai kanta lengkap setiap hari.

5. Mengalami sakit sendi

Rawan tulang dan tulang belakang kita terdiri daripada kira-kira 80% air jadi, ia adalah penting untuk memastikan tubuh mendapatkan air yang cukup supaya tulang kita tidak bergesel setiap kali kita bergerak.

Dengan menjaga hidrasi badan, kita dapat memastikan bahawa sendi dapat menyerap kejutan pergerakan yang berlaku secara tiba-tiba, seperti berjalan, melompat atau mungkin ketika terjatuh.

6. Jisim otot berkurang

Otot juga kebanyakan terdiri daripada air. Kurang air di dalam badan akan membuatkan jisim otot kurang. Minum air sebelum, semasa, dan selepas senaman bukan sahaja membuatkan anda terhidrasi dan selesa bahkan air akan mengalir ke seluruh badan dan mengurangkan kemungkinan keradangan dan kesakitan yang berkaitan dengan senaman dan angkat berat.

7. Mengalami sakit yang lama

Minum air membolehkan tubuh anda menghilangkan toksin secara berterusan. Organ kita berfungsi sebagai mesin yang menapis sisa yang tidak diperlukan badan, tetapi jika ‘mesin’ tersebut tidak diisi dengan air ianya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Apa yang akan berlaku pada tubuh yang kering ialah organ mula menarik air dari kawasan yang disimpan seperti dalam darah dan perkara ini akan membawa kepada masalah lain.

8. Berasa penat dan lesu

Seperti yang telah sebutkan tadi, apabila badan kering, ia terpaksa “meminjam” air dari dalam darah. Hal ini akan menyebabkan kurangnya oksigen yang dibawa ke seluruh badan. Sudah tentu, kekurangan oksigen akan menyebabkan rasa ngantuk dan keletihan.

9. Sering rasa lapar

Apabila anda dehidrasi, badan anda mungkin mula berfikir bahawa ia memerlukan makanan. Ini berlaku sepanjang hari dan apabila ianya berlaku pada waktu malam perkara ini akan buatkan anda bangun untuk menikmati snek tengah malam. Walau bagaimanapun, dengan makan anda sebenarnya mencipta lebih banyak kerja untuk badan anda, sedangkan dengan minum air ia dapat membersihkan organ dan membekalkannya ‘bahan bakar’ yang diperlukan oleh tubuh.mudah penat, cepat lapar, kulit kering, bibir kering, tanda kurang air, tanda kerap minum air manis, kurangkan air manis, banyakkan minum air masak, keburukan air manis

10. Mengalami masalah pencernaan

Air juga sebnarnya memberi kesan kepada keseluruhan sistem pencernaan. Tanpa penghidratan yang tepat, jumlah lendir dalam perut akan berkurang dan akan membuatkan asid perut melakukan kerosakan utama dalam perut. Hal ini akan membawa kepada apsakit pedih ulu hati dan senak.

11. Mengalami penuaan pramatang

Jumlah air yang dikekalkan oleh badan kita secara semula jadi berkurangan seiring dengan usia kita. Hal ini bermaksud semakin kita bertambah usia, semakin kita harus meningkatkan pengambilan air.

Walaupun penuaan pramatang lebih jelas berlaku secara luaran, tetapi kerosakan yang berlaku dalam tubuh kita akan tetap dirasakan dari semasa ke semasa. Jadi, untuk mengurangkan risiko itu, ia adalah penting untuk kita terus minum air kosong yang mencukupi.

Ha, kalau nak sihat dan cantik, pastikan anda minum air kosong mencukupi ya!

BACA JUGA: 9 Tanda Badan Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four + 15 =