Home All Petua DIY Nak Tampal Cermin Tapi Dinding Tak Rata? Ini Solusinya, Memang Mudah!

Nak Tampal Cermin Tapi Dinding Tak Rata? Ini Solusinya, Memang Mudah!

40790
0
Nak Tampal Cermin Tapi Dinding Tak Rata? Ini Solusinya, Memang Mudah!

Nak Tampal Cermin Tapi Dinding Tak Rata? Ini Solusinya, Memang Mudah! | Cermin sebagai elemen dekorasi telah menjadi trend pada masa kini. Ini bagi memberi karakter pada sesebuah ruang agar tampil lebih menarik selain dapat memberikan ilusi ruang yang luas.

Ia juga merupakan salah satu idea feature wall yang paling mudah untuk diterapkan. Tetapi satu masalah yang bakal mengganggu proses menampal cermin adalah keadaan dinding yang tidak rata.

Seperti perkongsian saudari Affan Ali di laman facebook, yang pada mulanya menghadapi kesukaran untuk tampal cermin pada dinding kediamannya yang tidak rata.

Tetapi hasil dari idea bernas yang disokong oleh suaminya, Puan Affan telah berjaya mendapat solusi yang kemudiannya telah dikongsi bersama.

Mari kita lihat bagaimana mahu menyelesaikan masalah tampal cermin ini. Semoga bermanfaat dan semua mendapat inspirasi dari perkongsian ini.tampal cermintampal cermin

“Sekadar pengkongsian. Jika nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah saya ada tips untuk dapat hasil yang cantik & kemas. Saya sendiri pun try and error juga. Pada mulanya tampal begitu sahaja pada dinding. Frust tak cantik, senget benget. Yang paling sedih, cermin tu sempat juga lah 2 keping jatuh dan pecah. PANGGGG!!!

tampal cerminBerkecai.. lastly tiba-tiba dapat idea nak buka semula semua cermin yang sudah ditampal kemudian nak tampal di atas plywood dulu. Ingatkan idea saya tu tak logik, bagitahu suami. dan dia cakap cuba lah. Terus saya beli plywood di hardware. Beli yang paling nipis ya.

tampal cermin
Dlm RM20++ sekeping. Besar size tilam queen gituu. Mula-mula drill plywood pada dinding. Setelah selesai, baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. Boleh cari di Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnyaaaa Alhamdullillah puas hati. Semua boleh try tips ini”

tampal cermin

BACA: Cuci Cermin Cara Jepun, Bersih Berkilat Hanya Guna 2 Bahan Je

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here