Nak Sihat Dan Bertenaga Selalu, Kaum Wanita Kena Amalkan Minuman Ini

Nak Sihat Dan Bertenaga Selalu, Kaum Wanita Kena Amalkan Minuman Ini | Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa. Sementelah terpaksa melakukan dua kerja yang bukan mudah.

Kena siapkan keperluan rumah tangga dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan tugasan di pejabat dengan sempurna. Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.

Ramai yang memilih untuk mengambil vitamin tambahan untuk kelihatan sihat dan bertenaga namun kadang kala ianya tidak sesuai dengan keperluan yang sebenar. Cara mudah dan murah yang boleh dipraktiskan ialah dengan belajar mencuba pelbagai petua tradisional yang orang-orang tua kita pernah praktiskan.

bertenaga

Bagi ibu-ibu di luar sana, Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara, kelihatan sihat dan badan lebih bertenaga.

Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!

Resepi Minuman Untuk kelihatan Sihat Dan Bertenaga

BAHAN-BAHAN:

  • Halia ( anggaran 2inci )
  • Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
  • Serai ( dua batang )
  • Daun Pandan (2 helai )
  • Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
  • Air (3 cawan)

TAMBAH JIKA PERLU

  • Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
  • Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)

CARA MEMBUAT:

Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)

Antara Kelebihannya:

  • Membersihkan rahim selepas datang bulan.
  • Mengeluarkan angin dalam badan.
  • Anti kanser
  • Memecahkan lemak-lemak.
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau.

TIP EKSTRA:

  • Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan. (Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
  • Boleh diminum oleh anak dara yang ingin menjaga kesihatan dalaman mahupun yang telah berkahwin.
  • Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur.
  • Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
  • Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − six =