Nak Perut Kempis Minumlah Detok Timun Sebelum Tidur

Nak Perut Kempis Minumlah Detok Timun Sebelum Tidur | Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detok timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

Ya. Timun.Untuk pengetahuan anda, timun merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, malah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai makanan sampingan,

Tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda dan mampu bantu anda dapatkan perut kempis?

perut kempis

BACA JUGA :: Mahu Kurus, Ikut Cara Kiraan Kadar Jantung Ideal Berkesan Untuk Bakar Lemak

Ini antara kebaikan minuman detok timun selain perut kempis:

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Insyallah jika dijadikan rutin hasilnya amat menakjubkan.

Selamat Mencuba Semua!

BACA JUGA :: Petua Detox Dengan Air Putih, Lihat Kesannya Selepas 30 Hari

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seven + 13 =