Nak Jual Produk Secara Live, Business Owner Ini Ajar Caranya Mudah Jerk!

Nak Jual Produk Secara Live, Business Owner Ini Ajar Caranya Mudah Jerk! | Zaman serba canggih kini, ramai peniaga perlu mencari inisiatif lain untuk memasarkan perniagaan mereka. Lebih mantap bila ada yang membuat jualan online secara live terus kepada pembeli.

Namun tidak semua orang sanggup dan gugup atau malu bila berhadapan dengan kemera! Malah, lebih kasihan bila ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat live jual produk di sosial media.

Jadi kali ini kami bawakan Faizul Ikhwan, seorang founder Pengasas Rahsia Ceramah Memukau, speaker dan business owner untuk mengajar step by step untuk jual produk secara live.Jual Produk

Menurutnya, ada 4 step bagaimana untuk live di Facebook dan Instagram agar nampak lebih confident dan berpengaruh di online.

Step 1: Anda perlu tahu tujuan anda live? Dari situ anda tahu bagaimana sepatutnya anda live dan anda boleh gunakan kaedah yang paling tepat untuk menarik minat audience.

Step 2: Buat Talking point anda. Lebih baik anda create atau ceritakan tentang dilema yang dihadapi oleh audience anda. Selepas itu tambah kepedihan pada dilema yang dihadapi, sehingga audience anda rasa andalah individu yang paling sesuai untuk dirujuk. Anda seharusnya menjadi ‘superman’ yang membantu mereka.

Step 3: Kena buat checklist sebelum live. Terdapat 3 checklist paling penting ketika anda membuat live. Pertama pastikan audio anda jelas dan terang, kedua pastikan background anda tiada unsur-unsur menarik perhatian audience atau rasa terganggu dan yang terakhir, padamkan semua call in atau buat mood airplane pada smartphone dan device anda supaya tidak menganggu ketika anda sedang live.

Step 4: Anda perlu tandakan Kawasan kamera pada device dan smartphone anda supaya ada titik fokus dan seperti anda sedang melihat audience secara live.

BACA JUGA: Nak Beli Makanan Bungkus Secara Online, Doktor Terang Cara Selamat Cegah Jangkitan Wabak.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 6 =