Home All Petua Kewangan Nak Isytihar Cukai Terutamanya Untuk Yang Berniaga, Wanita Ini Kongsikan Prosesnya

Nak Isytihar Cukai Terutamanya Untuk Yang Berniaga, Wanita Ini Kongsikan Prosesnya

847
1
Nak Isytihar Cukai Terutamanya Untuk Yang Berniaga, Wanita Ini Kongsikan Prosesnya

Bagi yang mempunyai perniagaan, pastinya adalah sangat dituntut untuk mengisytiharkan cukai dan membayarnya.

Pun begitu, masih ramai yang tidak tahu atau samar-samar mengenai bagaimana prosedur untuk mengisytiharkan cukai tersebut.

Ikuti kiriman yang dikongsikan oleh Shyra Azahar di laman Facebook beliau mengenai bagaimana untuk mengisytiharkan cukai.

Assalamualaikum. Selamat Pagi semua. Semalam shira share pasal DECLARE TAX tu,ramai yg tanya macam mana nak buat kan? Ni shira nak share macam mana shira buat hari tu.

cukai

Benda yg wajib kita tahu,bila kita register ja SSM,mmg tanggungjawab kita utk pergi declare pendapatan dan cukai setiap tahun.

Ni staff lhdn bgtahu na Kenapa?sbb diorg nak rekod berapa pendapatan kita setahun.Kalau ada bantuan macam BPN,BSH tu,senang kerajaan nak bagi sbb kerajaan ada rekod kita.

Even kita ada SSM tapi tak ada pendapatan pun,tetap kena declare cukai na.Kalau rasa tak mau declare sbb tak berniaga pun,pi batalkan SSM tu.

1. Setiap urusniaga dalam bisnes kita,kita kena rekod.Duit keluar masuk,rekod belian,rekod jualan,semua kena rekod.

2. Bukan rekod saja na.Bukti dia kena simpan.Apa bukti dia?Resit2,bank statement,invoice, payment voucher,semua tu kena simpan. Bukan main hentam ja rekod tapi tak ada bukti

Jadi,buat laa filing elok2 utk dokumen2 tu na. Rekod cantik2. Shira hari tu tak rekod tapi simpan resit ja.Last sekali masa nak declare,nak muntah siapkan semua ni padan muka.

3. Setiap hujung tahun,kena sediakan Penyata Untung Rugi bisnes kita.Yg mana tak tahu macam mana nak buat,macam mana nak rekod,hampa boleh upah mana2 akauntan utk buat bg pihak kita.Nama pun upah,so kena bayar la na. In shaa Allah utk enterprise tak mahal pun daripada duk pening lalat tak tau nak buat,tak tau nak rekod baik upah org yg pandai bab ni.

4. Yg Islam,kalau nak bayar zakat,pi bayar siap2.Resit simpan.Zakat perniagaan ni 2.5% dari untung kita tahun tu.Nak bayar online boleh,nak pi kaunter pun boleh.

5. Pergi LHDN kawasan kita.Bawa sekali SSM dgn IC na.Bagitahu nak register EFILLING. Macam shira hari tu,kena ambil no,tunggu sat,lepas tu,sampai no shira,staff minta ic n ssm,then dia register.Ada laa dia tanya,status apa,bila kahwin,nama suami,no ic.Sat ja lepas tu siap laa.Dia bagi satu slip macam dlm gambar yg shira share ni.

Ada No cukai pendapatan dgn No pin efiling.Yg mana duk rasa tak declare pun takpa,takut LHDN ambik duit hampa tu,mai nak bagitau.LHDN ada ja rekod kita walaupun kita tak serah diri kat depa.Pernah dengar tak kes LHDN pi tuntut cukai dekat waris walaupun org tu dah meninggal?So,jgn ingat kita selamat dk beli rumah cash,kereta cash laa..

Kalau perasan,dekat No cukai pendapatan tu ada DUA HURUF kat depan. Yg shira punya SG. Satu lagi OG kalau tak silap. SG utk org yg makan gaji.OG utk org yg ada bisnes . Pelik dak kenapa shira punya SG sedangkan masa shira pi kaunter,shira cakap shira ada SSM.shira tak bagitau pun shira kerja sebelum ni?Maknanya LHDN mmg ada rekod dah.Dia tunggu kita ja pi jumpa dia. Macam shira mula2 SG,nanti lepas dah submit borang B,dia akan tukar jadi OG.

Nama tu,utk Milikan Tunggal mmg cukai atas nama owner na sbb sah2 onwner sorang ja,untung mmg semua owner punya la.Kalau perkongsian,sdn bhd,bhd tu,baru nama cukai atas company bukan individu.

7. Dah dapat no pin,balik hampa buka website https://ez.hasil.gov.my . Klik dekat LOGIN KALI PERTAMA. Then hampa isi apa yg dia nak. Dah siap,hampa log in balik.

8. Klik Efiling . Then klik e-borang. Hampa ambil borang B utk yg berniaga. Then isi laa apa yg dia nak tu.Banyak kita kena isi.Masa isi ni laa,hampa perlukan figure dari Penyata Untung Rugi tu.

BACA: Inilah 9 Tip Jimatkan Bayaran Cukai Pendapatan 2019, Baca Perkongsian Lelaki Ni.

9. Banyak pelepasan cukai yg kerajaan bagi.Sara hidup diri sendiri,kalau ada anak pun boleh tolak,kalau ada jaga parents or pasangan yg sakit,kena beli alatan or upah personal nurse pun boleh tolak,beli brg utk penyusuan,insurans,sspn,derma yg ada pelepasan cukai, zakat perniagaan,ni semua boleh tolak.Kalau kita tgh study pun boleh tolak. Depa tak kejam na.

Kalau rasa,pening nak buat,tak payah susah2,upah ja akauntan.Diorg boleh buat dari A to Z. Tak rugi pun malah memudahkan kita.Kita boleh fokus buat benda lain.

Bila hampa declare tax,tak semestinya kena bayar.Ikut untung hampa tahun tu.Kalau bawah 35k,tak silap shira tak kena bayar. Bila hampa bayar cukai,hampa pi bank nak beli rumah ka,kereta ka,loan business ka, bank mesti layan hampa mcm raja.Hahahaha.

Kalau ada tersalah,terkurang,shira minta maaf na.Shira share apa yg shira buat hari tu ja sekian.

Sumber: Shyra Azahar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here