Home All Petua Kesihatan Diri Nak Hilangkan Lemau Badan Dalam Sekelip Mata? Tak Sangka Minuman 4 Bahan...

Nak Hilangkan Lemau Badan Dalam Sekelip Mata? Tak Sangka Minuman 4 Bahan Ni Memang Berkesan!

8881
0

Siapa Sangka Minuman Ini Boleh Hilangkan Lemau Badan Sekelip Mata | Minuman ini bukan sebarang minuman ya sebab khasiatnya cukup bagus untuk dicuba. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Lyndah Abraham, khas buat anda yang mungkin baru sihat dari demam atau sakit. Boleh juga diamalkan setiap kali balik dari kerja memang penat dan badan rasa lemau je. Kadang selera makan pun tiada, boleh cuba minuman ni!

Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah memang letih bukan main kan, baru siap memasak tengok rumah dah bersepah pula. Sebelum tidur mesti hati tak senang kalau tak kemas rumah dulu. Tapi kalau dalam keadaan badan yang lemau janganlah memaksa diri sangat.

Ada yang mengamalkan pengambilan pelbagai jenis vitamin tapi kadang kala tak nampak kesannya pada badan anda. Yerlahkan lain orang lain vitamin yang kurang dalam badan bukan semua orang sama.

Tapi jika anda amalkan minuman ni, tak payahpun nak ambil vitamin-vitamin untuk segarkan badan yang kadang kala boleh tahan mahal tu. Anda cuma perlukan sediakan bahan yang memang ada kat dapur rumah…

Resipi Minuman Untuk Hilangkan Lemau Badan

lemau badan, badan rasa lemah, lemah badan, badan penat, petua hilangkan kepenatan badan, resepi hilangkan badan penat

Sesuai:

  • Seisi keluarga. (lelaki dan wanita)
  • Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau.

Resepi:

  1.  Halia
  2. Daun Pandan
  3. Gula (gula kabung/gula batu)
  4. Uncang tea

hilangkan lemau

Cara-caranya:

  1. Rebus air + halia dan daun pandan.
  2. Setelah mendidih tutup api. Masukkan air panas tadi ke dalam jug atau cawan, kemudian letak gula dan uncang tea (seperti bancuh tea biasa).
  3. Siap untuk dihidang.

Semoga mereka yang mengamalkan petua ini boleh membantu menghilangkan lemau badan dan rasa lebih segar.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here