Nak Cepat Kurus & Jerawat Tak Naik, Ada Amalannya!

Ada yang cakap kalau orang perempuan makan banyak-banyak timun akan menjadi penyebab keputihan. Hakikatnya itu hanyalah mitos semata-mata. Apa yang pasti timun mempunyai khasiat yang banyak untuk penjagaan dalaman dan luaran bagi seorang wanita.

Timun kaya akan vitamin dan kandungan airnya sangat tinggi. Timun juga mengandung mineral seperti kalium, magnesium, zinc, fosfor, zat besi dan kalsium.

Untuk itu ada baiknya, anda sediakan minuman jus timun ini yang dikongsi oleh Dian, ianya sangat berkhasiat dan enak rasanya.jus timun, jus timun cantikkan kulit, jus timun kuruskan badan, cara kuruskan badan dengan jus timun, khasiat jus timun, khasiat minuman timun

bahan-bahan:

  • timun sebiji ( tak payah kupas kulit )
  • air ( 100ml) = 1 cawan
  • gula ( sesedap rasa) anggaran dua sudu

cara buat:

Basuh timun bersih-bersih, kemudian potong dan blend semua sekali ( kulit, biji) bersama air dan gula . Kisar sampai halus tak payah tapis, siap di minum.

Aturan :1biji timun untuk dua kali minum

(pagi sekali dan malam sekali)jus timun, jus timun cantikkan kulit, jus timun kuruskan badan, cara kuruskan badan dengan jus timun, khasiat jus timun, khasiat minuman timun

Apa yang best air jus timun ini?

  1. Timun adalah detox semula jadi
  2. Apabila diminum bersama sarinya membuat kita sangat kenyang
  3. 95% timun berasaskan air. Jadi kalau malas minum air berliter-liter sehari, boleh minum jus timun.
  4. Minum secawan jus timun perut terus padat
  5. Membersihkan usus, sangat bagus untuk bersihkan toksin dalam badan.
  6. Paling best kurangkan perut buncit,bila usus bersih , jerawat susah nak naik

Jika amalkankan selama seminggu, kompem berat badan turun ! ( Tapi kalau makan tak ingat dunia tak jadi jugak )

Pada pendapat Dian sendiri , Dian amalkan seminggu berat turun 2kilo . Sebab jumpa mak, mak cakap nampak susut sikit. Yahoooo semangat rasa ! Sebab tidak perlu diet ketat-ketat.

Kredit : Nurul Diana

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment