Kalau Nak Cegah Serangan Gout, Amalkan 6 Makanan Ini

Bila dah kena serangan gout, sakitnya bukan kepalang. Sendi terasa bisa-bisa, sampaikan bergesel dengan selimut pun rasa seksa! Kesakitan akibat gout juga boleh berlarutan berhari-hari atau memakan minggu untuk reda, terutamanya jika tidak menerima rawatan.

Apakah Serangan Gout?

Tahukah anda penyakit gout? Kalau dilihat dari sudut sejarah, penyakit gout ini adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Selalunya orang kaitkan penyakit gout ini dengan keradangan atau asakit pada sendi, terutamanya ibu jari kaki.

Menurut portal MyHealth, gout merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh. Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh tubuh terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran urinari.

BACA JUGA :: Asid Urik Penyebab Gout. Ubati Asid Urik Dengan Ramuan 3 Bahan Ni Je

Mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita. Salah satu cara yang boleh diikhtiarkan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

Berikut adalah 6 makanan yang berpotensi mencegah penyakit gout, seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

serangan gout

KALAU NAK CEGAH SERANGAN GOUT, AMALKAN 6 MAKANAN INI

1. NANAS

Buah nanas amat disarankan untuk mencegah gout kerana ia kaya dengan Bromelain dan Vitamin C. Kedua-dua komponen ini dapat membantu mengurangkan keradangan di sendi-sendi.

2. KUNYIT

Kunyit adalah bahan yang murah dan mudah didapati, namun ia sebenarnya memiliki khasiat semulajadi yang unggul. Tak hairanlah kunyit banyak digunakan dalam pelbagai produk kesihatan.

Cucurmin yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu mengurangkan keradangan sendi, sekaligus mengelakkan daripada terkena serangan gout.

3. PEGAGA

Ulam pegaga ini pula tinggi dengan Phytochemical. Ia membantu proses menyahtoksik dalam badan.

4. LEMON

Seperti yang kita sedia maklum, lemon juga sangat berkesan dalam membantu proses menyahtoksik selain meningkatkan lagi kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh.

Kalau minum di luar, rajin-rajinlah pesan air lemon tanpa gula. Ia tentunya pilihan yang lebih sihat!

5. HALIA

Komponen Gingerole dan Zingiberene dapat mengurangkan keradangan sendi. Masukkan halia dalam masakan atau nikmatinya dalam teh tanpa gula.

serangan gout

6. CILI

Siapa sangka, dalam cili juga terkandung khasiat Vitamin A dan Vitamin C yang berfungsi mengelakkan keradangan sendi. Tapi seeloknya makanlah cili yang segar ya!

ELAKKAN MAKANAN TINGGI PURIN

Di samping mengamalkan makanan di atas, hadkan juga makanan yang tinggi kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang, dan kerang. Minumlah air kosong yang mencukupi dan jangan lupa makan ubat yang telah dipreskripsikan untuk anda.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat dan dikawal melalui pengambilan diet yang seimbang. Mudah-mudahan cara hidup sihat dapat membantu anda mengelak serangan gout dan penyakit-penyakit lain yang berhubungkait dengannya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − 6 =