Nak Bersihkan Kerang? Inilah 7 Bahan Boleh Digunakan Memang Bersih

Nak Bersihkan Kerang? Inilah 7 Bahan Boleh Digunakan Memang Bersih | Kerang merupakan sejenis hidupan yang bercengkerang yang tergolong dari kumpulan moluska dan dari keluarga Arcidae. terdapat hampir 200 jenis kerang tetapi sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dimakan dan untuk diternak secara komersial.

Kerang dijual kepada orang ramai di pasar awam, pasaraya dan di jeti penangkapan ikan secara segar. Ianya tidak boleh disimpan terlalu lama tanpa dimasak segera kerana isi kerang akan mati dan busuk.

Selepas ditangkap, jangka hayat kerang adalah pendek, kira kira 8 atau 12 jam sahaja di atas darat.

Kebanyakkan pengusaha akan memproses kerang untuk dijadikan kerang sejuk beku yang mana ianya lebih tahan lama, boleh dipasarkan dan boleh dieksport tanpa ragu mengenai jangka hayatnya asalkan kerang sejuk beku disimpan di dalam sistem penyimpanan yang betul (suhu yang sesuai untuk produk sejuk beku).

Kerang perlu dimasak dahulu sebelum dimakan isi nya yang lembut dan sedap samada kerang tersebut direbus, dibakar atau dimasak bersama cili dan bawang. Isi kerang akan dikopek dan ditanggalkan dari cengkerang keras yang melindunginya.

Hidangan kerang bakar dan kerang rebus merupakan tarikan utama kepada mana mana restoren makanan laut dan ianya biasanya dimakan setelah direbus atau dibakar bersama pencicah air asam yang pastinya meningkatkan selera pelanggan.

Ketika perayaan, kerang dijadikan sebagai rendang dan ianya juga dimasukkan sebagai perencah utama untuk masakan char kuew toe kerang. Selain itu, sambal kerang juga pasti enak dinikmati bersama nasi lemak. Masakan dari kerang adalah sangat sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Bagi suri rumah ramai yang lebih suka membeli kerang dengan cengkerang berbanding isi kerang sejuk beku. Ini kerana kerang bercenkerang biasanya lebih segar. Namun berapa ramai yang tahu untuk mencuci kerang sehingga bersih? Jom lihat caranya:

7 Bahan Boleh Guna Untuk Bersihkan Kerang

Serai

  • Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.

Hampas kelapa

  • Hampas jkelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.

Bersihkan Kerang

Daun ubi

  • Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.

Daun betik

  • Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.

Garam

  • Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.

Pelepah Pisang

  • Cara ini berkesan untuk bersihkan kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih. Cara bersihkan kerang ni agak letih sedikit tapi memang terjamin bersih!

kerangAsam Gelugor

  • Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih. Asam gelugor memang stok yang selalu ada di rumah jadi lebih mudah untuk anda Bersihkan Kerang.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × one =