Nak Bercuti Ke Yogyakarta? Baca 15 Tip Ke Jogja Ini Terlebih Dahulu

Sejak daripada dua tahun yang lepas, nama Yogyakarta sering muncul di dalam radar parawisata asli dari Malaysia. Mungkin disebabkan oleh filem AADC2 yang telah menjadikan Yogyakarta ini sebagai a must-visit-place di kalangan pelancong Malaysia.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini dalam tempoh terdekat, kami kongsikan sedikit perkara-perkara yang perlu anda ketahui sebelum merancang percutian ke sini.

Kota Yogyakarta, juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak di Jawa Tengah.

Lambat satu jam daripada Malaysia. Zon waktu di Yogyakarta adalah GMT +7. Meskipun lambat satu jam daripada Malaysia, namun sunrise dan sunset disini lebih cepat berbanding Malaysia.

Setakat ini, hanya syarikat Airasia sahaja yang menawarkan penerbangan terus ke Yogyakarta dengan 3 penerbangan sehari. Masa penerbangan adalah selama 2 jam dan 30 minit.

Adisutjipto International Airport merupakan lapangan terbang antarabangsa di Yogyajarta. Walau bagaimana pun, lapangan terbang ini akan ditutup dan digantikan dengan lapangan terbang yang baru.

Tiada borang ketibaan yang perlu di isi, sebaliknya hanya perlu melengkapkan borang pengisytirahan kastam mereka sahaja.

Menggunakan plug jenis dua pin. Travel adapter ada dijual di kedai-kedai serbaneka pada harga RP30,000.

Kalau tidak mahu kecewa, beli saja kartu Telkomsel. Jangan beli pek sim selain daripada jenama ini kerana kelajuan internet dan pakej internet yang huru-hara.

Semuanya halal di sini. Makanan tradisional yang wajin dicuba di sini adalah Gudeg, Nasi Uduk, Nasi Rawon, Nasi Rames dan banyak lagi.

Cuba tinggal di kawasan sekitar Jalan Malioboro atau Jalan Gejayan.

Jalan Malioboro

Jalan Gejayan atau Jalan Apandi

Kawasan heaven membeli-belah adalah di bahu-bahu jalan di sepanjang Jalan Malioboro. Selain itu boleh cuba di Pasar Beringharjo.

Memandangkan tempat-tempat menarik di Yogyajakarta terletak berjauhan di antara satu sama lain, lebih baik sekiranya anda menempah supir Jogja di sepanjang percutian anda ke sini.

i. Pak Putra +628816781228 – RP400,000 sehari

ii. Pak Areno +6282137153018 RP450,000 sehari

Di sini perkhidmatan Uber dan Grab bergerak aktif, jadi tiada sebarang masalah untuk anda bergerak di dalam kawasan bandar.

Seperti di Malaysia, cuaca di Yogyakarta juga terbahagi di antara musim hujan dengan musim kering. Waktu terbaik untuk melawat Jogja adalah daripada bulan April sehingga Oktober.

Memandangkan banyak destinasi di dalam Jogja ini terletak secara berselerak, jadi untuk anda bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain mungkin akan mengambil masa yang lama. Jadi rancang perjalanan anda.

Hari 1

  • beli sim
  • Cex in hotel
  • Dinner SS
  • Alun alun selatan becak lihtgker
  • Shoping baju

Hari 2

03.30

  • Puntuk setumbu
  • Breakfast
  • Borobudur
  • Gereja ayam
  • Lunch
  • Merapi lava tour
  • Prambanan
  • Candi ijo sunset

Hari 3

07.00

  • Goa pindul cave tubing
  • Lunch lobster
  • Gondola timang
  • Pinus pengger sunset
  • Dinner bukit bintang

Hari 4

05.00

Bukit panguk

  • Breakfast
  • Bukit mojo
  • Jurang tembelan
  • Rumah hobbit
  • Hutan pinus
  • Lunch
  • Pintu langit
  • Puncak becici sunset
  • Sellie cofie

Hari 5

08.00

  • Breakfast hotel
  • Kali biru
  • Lunch
  • Gumuk pasir parangkusumo
  • Parangtritis beach sunset
  • Dinner sate klatek p bari

Hari 6

08.00

  • Breakfast
  • Umbul ponggok snorkling
  • Lunch
  • Tebing breksi
  • Sunset boko palace
  • Dinner bakso p bambang

Hari 7

08.00

  • Breakfast hotel
  • Istana sultan
  • Taman sari
  • Lunch ayam penyet
  • Kota gede silver villagge
  • Kilang oleh” bakpia pathok 25
  • Malioboro
  • Dinner dan minum kopi jos

Hari 8

07.30

  • Drop to airport

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 1 =