Nak Anak Tinggi? Cuba Resepi 3 Bahan Yang Boleh Meninggikan Badan Anak

Setiap orang tua pastinya menginginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat, kuat dan memiliki tinggi dan berat badan yang ideal namun, memiliki tinggi yang cukup sering dikaitkan dengan sifat genetik atau faktor keturunan.

Jika tubuh orang tuanya tinggi, maka kemungkinan anak-anak mereka juga akan membesar menjadi tinggi.

Namun, jika orang tuanya tidak terlalu tinggi, belum tentu anak-anak mereka tidak akan tumbuh lebih tinggi dari orang tuanya dan ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai.

Ibu bapa hanya perlu memastikan untuk melakukan langkah yang diperlukan semasa anak masih kecil, sebelum mereka mencapai had tumbesaran.

Ubahlah pola makan tertentu dan berikan mereka suplemen yang dapat membantu mereka membesar lebih tinggi.tinggi

Resepi Anak Tinggi

Berikut adalah minuman semulajadi yang boleh menambah tinggi badan anak anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu panas.
  • 1 biji telur rebus.
  • 1 sudu madu.

Cara membuat:

  • Masukkan susu panas dan telur rebus ke dalam blender. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam cawan.
  • Tambahkan satu sudu madu ke dalam campuran dan gaul hingga sebati.

Berikan anak anda minuman ini setiap pagi ketika sarapan untuk hasil maksimum. Campuran susu, telur rebus dan madu kaya dengan protein dan vitamin yang dapat membantu pertumbuhan yang lebih baik.

Kalsium dalam susu akan menguatkan tulang anak, telur kaya protein yang sangat penting untuk tulang dan sendi yang sihat.

Madu pula berfungsi untuk menjaga usus dan membantu penyerapan zat ke dalam badan anak.

5 TIP TINGKATKAN KETINGGIAN SEBANYAK 3 INCI DALAM MASA SEMINGGU

Di sini saya kongsi tip dan cara cepat tinggi. Mudah saja.

1. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Dua jam pertama sewaktu tidur adalah penting kerana pada masa inilah hormon pembesaran dilepaskan dalam sistem oleh kelenjar pituitari.

Apabila badan tidak cukup tidur, hormon yang dilepaskan berkurangan. Sebab itu jika anda ingin tinggi, pastikan anda peroleh tidur yang cukup iaitu antara lapan hingga sembilan jam.

2. DIET YANG SEIMBANG

Salah satu cara nak anak cepat tinggi paling berkesan adalah melalui pemakanan. Oleh itu, anda perlu banyakkan pengambilan makanan berikut di dalam menu harian keluarga anda:

  • tinggi protein seperti susu, ikan, telur dan daging
  • kaya kalsium seperti bayam, yogurt dan kale
  • cukup dengan zink seperti tiram, labu, kambing, kacang, ketam dan wheat germ
  • vitamin D seperti ikan, alfalfa dan cendawan

3. ELAK MAKANAN YANG BOLEH MENGGANGGU PROSES KETINGGIAN

Kafein, junk food dan makanan mengandungi banyak gula adalah ancaman yang terbesar jika ingin tinggi. Elak daripada mengambilnya dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Ia mengandungi pelbagai bahan yang tidak elok untuk tumbesaran tulang.

4. LAKUKAN AKTIVITI YANG MEMBANTU MENINGKATKAN KETINGGIAN

Terdapat pelbagai aktiviti yang jika dilakukan boleh meningkatkan peluang untuk menjadi tinggi. Antaranya berenang, hanging exercise, toe touching, super stretch dan lompat tali.

Yang penting, pastikan anak anda sentiasa cergas sepanjang hari. Bukannya menghadap televisyen dan gajet.

5. JANGAN LAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEMBANTUTKAN KETINGGIAN

Malnutrisi adalah penyebab paling utama di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat meninggi secara normal.

Ia berpunca daripada pemilihan makanan yang tidak berkhasiat mahupun amalan pemakanan yang buruk sehingga menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan diserap nutrisinya.

Masalah obesiti, pengambilan rokok, dadah, alkohol dan steroid pada usia muda juga boleh membantutkan ketinggian.

SESUAI DIPRAKTIKKAN UNTUK ANAK KECIL & REMAJA

Cara cepat tinggi ini hanya sesuai untuk mereka yang masih dalam peringkat membesar kerana masih ada peluang untuk meningkatkan ketinggian. Bagi ibu bapa yang berharap anak mereka lebih tinggi dari mereka boleh mencuba tip ini.

Bagi mereka yang sudah mencapai umur lewat 20an dan ke atas, ia tidak praktikal kerana tulang sudah berhenti membesar.

Apapun, elak membeli pil yang menjanjikan peluang menambah ketinggian apabila dimakan.Bukan mudah untuk menjadi tinggi dengan hanya menelan bermacam-macam pil. Sudahlah membazirkan duit, impian untuk menjadi tinggi tidak tercapai kerana pil yang dimakan menyebabkan penyakit lain yang datang.

Semoga memberi manfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + 19 =