Mudahnya Tanam Pokok Tomato Ceri Hanya 3 Langkah Jer, 4 Bulan Dah Boleh Petik!

Mudahnya Tanam Pokok Tomato Ceri Hanya 3 Langkah Jer, 4 Bulan Dah Boleh Petik! | Buah tomato ceri selain dimakan mentah sebagai ulam, kita juga selalu letak dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam. Buah yang merah, comel ini buat kita geram bila nampak subur pada pokok.

kalau rasa nak cuba tanam tomato ceri ini boleh ikut perkongsian Nur Aida Md Zainuddin ini.

Rupanya nak tanam pokok tomato ceri ini mudah sangat. 3 langkah saja, benih pula dari tomato ceri yang kita beli di pasar.

1. Hiris tomato ceri kemudian letak hirisan tomato dalam bekas semaian (saya guna container letak buah tu saja).

pokok tomato ceri

BACA JUGA: Bersihkan Kotoran Degil Guna Sos Tomato, Hasilnya Periuk Bersinar-Sinar Seperti Baru

2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap ( sedar-sedar dah bercambah mcm dalam gambar selepas 9 hari.pokok tomato ceri pokok tomato ceri

3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan ke tempat yang sesuai. Saya letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.pokok tomato ceri pokok tomato ceri

Dah nampak hasilpokok tomato ceri

INFO

  • Pokok Tomato ceri ini perlu air yang banyak. Jadi siram 2 atau 3 kali sehari kalau tak pokok jadi cepat kering.
  • Dalam masa 4 bulan ni saya tak jaga sangat, siram saja. Sebenarnya 4 bulan tu lambat, sebab lewat alih.
  • Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Tanam bersama pokok tomato ceri ni bawang putih sebab binatang tak suka bau dia, untuk elak bena putih rosak pokok dan daun jadi kecut.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 4 =