Home All Petua Tanaman Mudahnya Tanam Bendi. Senang Jaga, Sekejap Je Dapat Hasil!

Mudahnya Tanam Bendi. Senang Jaga, Sekejap Je Dapat Hasil!

1383
0
Mudahnya Tanam Bendi. Senang Jaga, Sekejap Je Dapat Hasil!

Mudahnya Tanam Bendi. Senang Jaga, Sekejap Je Dapat Hasil! | Pokok bendi ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya. Lagi satu cara tanam dan penjagaannya juga cukup mudah.

Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip dikongsi oleh Theamrie Arm

Tanam di tanah sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti

Tanam bendi di tanam sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti. Memandangkan ramai tanya macam mana nak tanam bendi, saya beri sedikit tip yang sangat senang.

Tip tanam bendi

  • Ambil 2 biji benih bendi yg dibeli di kedai. Boleh juga keringkan bendi tua dan ambil benihnya.
  • Masukkan dalam tanah, kedalaman 1 inci saja. Jarakkan 1 kaki kalau nak tanam lebih sepokok (jangan lupa sambil itu selawat)
  • Siram setiap hari benih yang ditanam.

Tanam Bendi

  • Dalam beberapa hari, akan keluar tunas, teruskan rutin siraman setiap hari sampailah pokok bendi besar sedikit.
  • Kemudian barulah bubuh baja sekeliling pokok.
Tanam Bendi
Boleh guna baja ini.
  • Dalam beberapa minggu akan keluar bunga bendi dan boleh lihat hasilnya.
  • Tempoh semai sampai berbuah lebih kurang 7 minggu.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: Rupanya Begini Cara Nak Buat Kacang Bendi Tumbuh Subur, Sesuai Sekali Untuk Tanam Di Kawasan Rumah.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here