Belanja Keluarga Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan, Mudah Sangat!

Belanja Keluarga Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan, Mudah Sangat! | Hujung minggu adalah waktu untuk anda mencuba pelbagai menu dan resipi untuk anak-anak. Tidak dapat menu serba lengkap, menu ringkas seperti apam antara yang menjadi kesukaan anak-anak serta seisi keluarga.

Paling menarik kerana apam cukup mudah disediakan. Hanya blender dan campurkan kemudiannya dikukus hingga masak. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Eyza Cik Bunga ini.

Menu simple minum petang 5 beranak. Apam milo. 4 bahan je..mudah sangat. Saya buat ikut cara saya, untuk satu adunan.

Bahan-bahan:

  • Milo setengah cawan
  • Tepung gandum secawan
  • Gula 6 sudu (ikut kemanisan masing²) saya tak suka manis
  • Telur 3 biji

Kukus selama 20 minit, api sederhana. Saya ikut resepi kat bawah ni, seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatihatul Hakimah.

Nak resipi lengkap boleh ikuti seperti yang dikongsikan olehnya. Insyaallah memang menjadi. Sedap.

APAM MILO 4 BAHAN JERR.

Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedapp. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi.

Bahan-bahannya:

  • Telur 6 biji
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Gula pasir 2 cawan
  • Milo setengah cawan

Pukul telur, gula sampai berbuih/putih/kembang. Guna blender je. Masuk tepung gandum, blender lagi sampai sebati.

Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi letak milo dan kacau-kacau sampai sebati.

apam milo

Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, lorek la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga. Kukus 20 minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)

Siap.Adunan nie dapat dua loyang kecik tapi tak smpai malam dah habis.

apam milo

Info:
* Apam pilihan paling mudah untuk disediakan. Malah paling sesuai untuk anak makan kerana strukturnya lembut, buat anak senang untuk makan. Pun begitu perlulah dikawal penambahan gula di dalamnya agar tidak terlalu manis.

* Apam juga boleh dijadikan finger food buat anak kerana ia senang dipegang.

* Gantikan pewarna dengan perasa pilihan yang lebih sihat seperti warna-warna buah-buahan atau perasa asli lain.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − 2 =