Minum Air Untuk Hapuskan COVID-19 Adalah Mitos-Dr Amalina

Baru-baru ini tular kenyataan atau petua yang mengatakan meminum air terutamanya air suam dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti virus COVID-19.

Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang berada di laman-laman sosial.

Tidak mahu perkara tersebut terus disebarkan, Dr Amalina Bakri melalui satu ciapannya di Twitter menafikan perkara tersebut.

“Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini.

“Sila ikuti nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan WHO,” katanya.

air

Kesahihan Amalan Kerap Minum Air Untuk Hapuskan Covid-19

Ciapan itu dibuat Dr Amalina bagi menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin mengetahui kesahihan petua meminum air dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos.

“Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing satu meter,” kongsinya di Twitter.

Menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Amalina berkata suhu sekitar 60 darjah celcius memang boleh menyahaktifkan virus yang berada di luar badan.

“Tapi bila sudah dalam badan kita, minum air panas tidak akan lemahkan virus itu.

“Juga tiada bukti yang menunjukkan asid dalam perut boleh membunuh virus tersebut,” jelasnya.

Kenyataan ringkas dan jelas Dr Amalina mengenai perkara itu sudah pastinya dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat sebelum ini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × three =