Mini EV X2, Kereta Elektrik Kompak Berharga Hanya RM13,800 Buat Netizen Teruja

Memiliki sebuah kereta elektrik mungkin sebuah perkara yang masih baru dalam masyarakat Malaysia. Sering kali hadir dengan kos yang tinggi antara yang membuatkan orang ramai lebih selesa untuk mendapatkan model kereta yang lain.

Walau bagaimanapun, kehadiran Mini EV X2 mungkin mengubah persepsi anda dalam memiliki kereta elektrik pertama anda. Malah, tidak mengejutkan model ini sudah mulai tular di media sosial dimana orang ramai mengongsikan keterujaan untuk memiliki kereta elektrik ini.

Apa yang menarik dengan kereta elektrik Mini EV X2

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]Hadir dengan saiz yang kompak dan warna yang comel, Mini EV X2 nampaknya berjaya membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkannya berikutan harganya yang mampu milik. Siapa sangka model kompak yang canggih ini sedia ditawarkan dengan harga seakan sebuah motosikal iaitu serendah RM13,800 sahaja.

Berdasarkan risalah yang dikongsikan, Mini EV X2 ini berpeluang bergerak sejauh 120km untuk satu pengecasan penuh. Hanya berbekalkan pengecasan di rumah, model ini perlu mengambil masa sehingga 8 jam untuk sebuah pengecasan penuh.

Mengulas dari segi pecutan dan kelajuan Mini EV X2 berpeluang memecut 0-50km/h dalam tempoh 25 saat dan mampu mencapai had kelajuan maksimum iaitu 80km/h untuk versi ‘High Speed’.

kereta elektrik

Sokongan disc brake pada bahagian hadapan dan belakang antara yang tersedia pada model ini manakala had pengecasan untuk model ini mampu mencapai sehingga 800 pengecasan.

Tidak hanya memfokuskan kepada pemanduan menggunakan elektrik semata-mata, model ini turut disertakan dengan ruangan dalaman yang moden dan canggih.

kereta elektrik

Penyertaan skrin sesentuh 9-inci dengan sokongan Android beserta kamera belakang antara yang tersedia. Anda juga turut berpeluang menyimpan barangan-barangan anda dengan ruangan penyimpanan sebesar 850 liter. Sebanyak enam warna ditawarkan buat model ini merangkumi warna putih, hijau, kuning, merah, perak dan titanium.

Harga

kereta elektrik

Untuk pengetahuan, harga asal bagi Mini EV X2 adalah RM18,800 walau bagaimanapun syarikat ini sedia menawarkan diskaun dimana anda boleh memiliki dengan harga yang jauh lebih rendah.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri Kereta & JumpStart Tanpa Bantuan Kereta Lain

Bukan itu sahaja, seperti juga model kereta yang lain, Mini EV X2 sedia ditawarkan dengan bayaran ansuran sehingga 9 tahun dimana bayaran bulanan hanyalah serendah RM159.58 sahaja. Menarik bukan?

Melihat kepada keterujaan orang ramai menantikan kehadiran kereta elektrik Mini EV X2, tidak mustahil model ini bakal menjadi fenomena selepas barangan dapur Thermomix yang tular pada bulan lalu.

Setakat ini, menurut perkongsian Abang Gan daripada PanduLaju, kereta elektrik Mini EV X2 masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak JPJ dan lampu hijau daripada Vehicle Type Approval (VTA).

Dalam erti kata lain, Mini EV X2 masih belum dibenarkan untuk dipandu secara rasmi di Malaysia. Para pengguna yang berminat diminta untuk lebih berhati-hati sebelum mendapatkan model ini.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one + 10 =