VIRAL Video Mengelirukan, Milo Tampil Beri Penjelasan!

Beberapa minggu lalu minuman kegemaran Malaysia hebat diperkatakan apabila video mendakwa jenama Milo mempunyai kandungan gula tinggi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik aktivis Vishen Lakhiani menarik perhatian ramai apabila dia cuba mendedahkan yang kandungan Milo mempunyai 40 peratus gula.

Malah individu terbabit turut memetik laporan New York Times mendakwa Nestle membayar kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan sebagai makanan yang bernutrisi dalam produk mereka.milo tinggi gula, minuman milo tinggi gula, minuman milo, minum milo anda jadi sihat, petua milo, cara bancuh milo

Sebagai minuman yang sering diminum sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia pastinya bimbang terhadap kebenaran isu berkenaan apatah lagi golongan kanak-kanak paling gemar minum Milo.

Video berkenaan sehingga kini ditonton hampir 1.4 juta penonton di Facebook.

HANYA ENAM PERATUS

milo tinggi gula, minuman milo tinggi gula, minuman milo, minum milo anda jadi sihat, petua milo, cara bancuh milo

Infografik ini mungkin mengurangkan kadar kebimbangan anda terhadap minuman Milo.

Bagaimanapun, Nestle hari ini membuat sidang media berhubung perkara terbabit bagi menjelaskan kekeliruan pengguna.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff, biarpun satu tin milo dianggarkan mempunyai 40 peratus gula tetapi ia hanya akan menjadi enam peratus selepas dibancuh.

Jelasnya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

“Pada bungkusan memang tertulis gula 40 peratus tetapi 20 peratus daripadanya ialah susu, laktosa dan malt.

“Sebagai contoh selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus.. Tiga peratus susu dan tiga peratus lagi gula,” katanya menerusi sidang media dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tambahnya, video yang tular itu mengelirukan orang ramai kerana hanya enam peratus gula saja yang masuk ke dalam badan sekiranya diminum dengan 200 mililiter bersama 30 gram bancuhan Milo.

Jelasnya, bagi memastikan pengguna mendapat nutrisi yang sihat, mereka tidak digalakkan untuk menambah bancuhan milo bersama susu dan gula.

MINUM TANPA TAMBAHAN SUSU ATAU GULA

 

Sehubungan itu, Othman meminta agar orang ramai menyediakan minuman Milo seperti panduan yang tertulis pada bungkusan minuman itu. “Dekat bungkusan ada tulis penyediaan Milo iaitu lima sudu teh Milo dan kemudian tambah 200 mililiter air panas.

“Namun, pengguna suka tambah susu, gula. Itu yang jadi tak sihat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh saksikan penjelasan daripada pihak Milo ini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine − three =