Betul Ke Anda Bakal Mewarisi Masalah Kolesterol Tinggi Dari Ibu Bapa?

Betul Ke Anda Bakal Mewarisi Masalah Kolesterol Tinggi Dari Ibu Bapa? | Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama melebihkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolesterol.

Selain kurang bersenam, berat badan berlebihan dengan lemak yang tertumpu di bahagian perut dan pinggang meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik.

Namun, segelintir orang memiliki kadar kolesterol tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Ini disebabkan faktor keturunan yang mempengaruhi masalah kolesterol tinggi.

Sekiranya ada ibu atau bapa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, maka besar kemungkinan anak mewarisi masalah itu.

Hiperlipidemia adalah terma merujuk kepada gangguan genetik yang mengakibatkan aras lipid (lemak, kolesterol dan trigliserida) yang tinggi dalam darah.

Semua lipid ini boleh menembusi dinding arteri dan meningkatkan risiko pembentukan aterosklerosis atau arteri mengeras yang menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

BACA JUGA : Amal Cara Makan Rasulullah Kalau Nak Makanan Lawas, Bebas Penyakit

Risiko arteri mengeras ini lebih tinggi jika seseorang itu kuat merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang. Dianggarkan lebih tiga juta orang menghidap gangguan genetik ini di Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, penyakit ini sangat biasa dalam kalangan penduduk di negara maju diikuti mereka yang mengamalkan pemakanan Barat dengan kandungan lemak yang tinggi.

5 FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASULAR BERPOTENSI MEMBAWA MAUT

1.Berlebihan berat badan atau obesiti

Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.

2.Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah.

3.Paras kolesterol tinggi

LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi), sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.

4.Paras glukosa darah yang tinggi

Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.

Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan keberangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes.

Kolesterol Tinggi

5.Merokok

Merokok, seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darah

menjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri anda serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung.

BACA JUGA : Acar Bawang Putih Bantu Kurangkan Risiko Diabetes Dan Kolesterol, Ini Cara Buatnya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten + eight =