Menonton Televisyen Secara Maraton Boleh Membunuh

Menonton filem atau televisyen sudah menjadi hobi yang mengasyikkan bagi orang ramai.

Tetapi anda harus berhati-hati kerana sebuah kajian di Jepun mendapati bahawa menonton televisyen terlalu lama boleh membunuh anda.

Kajian selama 18 tahun yang melibatkan lebih dari 86000 orang ini mendedahkan bahawa mereka yang duduk terlalu lama dalam sehari untuk menonton televisyen mempunyai risiko lebih tinggi meninggal akibat embolisma paru, iaitu penyumbatan mendadak atau gumpalan darah di salah satu arteri paru-paru.ketagih tengok television, bahaya marathon tengok tv, tengok drama marathon, tengok television terlalu lama

Menurut Mayo Clinic, dalam banyak kes embolisma paru disebabkan oleh penggumpalan darah yang mengalir ke paru-paru, sebahagian besar daripada kaki tetapi sesekali dari bahagian tubuh lain juga.

Masalah kesihatan lain yang telah dikaitkan dengan duduk terlalu lama termasuk obesiti, penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

BACA JUGA: Cara Mudah Merawat Rabun Mata Di Peringkat Awal

Menurut penyelidikan ini, orang yang menonton televisyen lebih dari lima jam sehari berisiko dua kali ganda mengalami embolisma paru yang boleh menyebabkan kematian berbanding mereka yang menonton dengan yang hanya 2.5 jam.

Menurut Toru Shirakawa, penyelidik kesihatan masyarakat di Universiti Osaka di Jepun, sebaiknya kita tidak hanya duduk saja ketika menonton televisyen dalam waktu lama. Selangi dengan berjalan ke sesuatu tempat atau berdiri. Selain itu, jangan lupa minum agar terhindar daripada dari dehidrasi.

Di samping aktiviti menonton televisyen, bermain permainan komputer terlalu lama juga disebutnya dengan kematian akibat embolisme paru. Penemuan ini telah dibentangkan dalam kongres tahunan European Society of Cardiology di London.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 18 =