Home All Pengetahuan Am Makan Keledek Ungu Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus

Makan Keledek Ungu Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus

51
0
Makan Keledek Ungu Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus 1

Amalan memakan keledek (keladi) ungu dipercayai dapat menurunkan risiko menghidap barah kolon sehingga enam kali ganda.

Penyelidikan yang dijalankan Universiti Pennsylvania State, Amerika Syarikat itu mendapati, keledek ungu dapat menyekat penyebaran sel stem kanser dalam usus besar.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry itu dijalankan ke atas babi yang mempunyai sistem penghadaman hampir sama seperti manusiacara kurangkan risiko kanser usus, kanser usus, kanser colon, bahaya kanser usus, petua kurangkan risiko kanser usus

Salah seorang penyelidik, Prof. Jairam Vanamala berkata, babi yang diberi makan keledek ungu didapati mempunyai protein pemusnah dikenali sebagai interleukin-6 (IL-6), enam kali ganda lebih rendah daripada kumpulan yang diberi diet normal. Sebagai rekod, IL-6 boleh mencetuskan tumor dan penyakit radang usus yang lain.

“Kami dapati kentang putih mempunyai sebatian kimia yang berguna tetapi keledek ungu yang kaya beta karotena mempunyai konsentrasi sebatian antiradang dan antioksidan yang lebih tinggi.

“Menerusi penemuan ini, kami menjadikan keledek ungu sebagai model untuk mengkaji manfaat kentang lain kepada kesihatan pada masa depan,” katanya.

BACA JUGA: Detox Kempis Perut, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Detox Guna Green Tea Cap Boh

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here