Home All Petua Dapur Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili Pada...

Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili Pada Blender

36
0
Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili Pada Blender 1

Bila kita gunakan blender untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada.

Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.

Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipi dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:kesan kunyit pada blander, bau bawang dalam blander, bersihkan blander, cuci blander, hilangkan kesan kunyit

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

1. Ambil limau nipis. Potong kecil.

2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.

3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.

4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.

5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bersihkannya

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here