Inilah 11 Khasiat Lobak Putih Yang Lain, Bukan Sekadar Menghancurkan Batu Karang

Inilah 11 Khasiat Lobak Putih Yang Lain, Bukan Sekadar Menghancurkan Batu Karang | Pelbagai khasiat lobak putih disebabkan ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin, di antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E.

Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.

Lobak putih atau nama saintifiknya Raphanus raphanistrum subsp. sativus tergolong dalam famili Brassicaceae.

Lobak putih juga turut mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik. Di negara Korea, sayur lobak putih ini sering dijadikan makanan yang dipanggil kimchi. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan sashimi, sup atau pun ditumis.

Di Malaysia biasanya ibu-ibu dalam pantang bersalin atau mereka yang kurang sihat selalunya dihidangkan dengan menu lobak putih ini. Sedia maklum, menu orang berpantang ni biasanya memang menu yang sihat-sihat dan memang elok di amalkan selepas berpantang juga.

Jom ketahui apakah khasiat lobak putih.

11 Khasiat Lobak Putih Untuk Kesihatan

1. Menghilangkan keputihan

Jika anda mengalami keputihan, termasuk keputihan semasa mengandung, khasiat lobak putih sangat membantu untuk membunuh kulat Candida yang menjadi punca keputihan.khasiat lobak putih, lobak putih

2. Kencing tak lawas

Selain masalah keputihan, khasiat lobak putih juga membantu kencing tak lawas. Anda boleh membuat sup lobak putih kerana pertambahan air dalam badan membantu anda terasa untuk membuang air kecil.

3. Menurunkan berat badan

Jus lobak putih yang diminum secara teratur mampu menurunkan berat badan. Dengan meminumnya, perut kita akan terasa kenyang dengan lebih lama. Ini membuatkan kita dapat mengurangkan jumlah makanan yag diambil. Selain itu, khasiat lobak putih juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan.

Setengah cawan lobak hanya mengandungi lebih kurang 12 kalori. Begitu juga dengan kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air.

4. Memutihkan muka

Siapa sangka khasiat lobak putih boleh dimanfaatkan sebagai pemutih muka semulajadi yang selamat. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita boleh campurkan lobak putih dengan minyak zaitun. Caranya cukup mudah:

    • Ambil dua batang lobak putih dan bersihkan.
    • Kemudian parut atau dikisar.
    • Setelah itu, campurkan parutan lobak tersebut dengan minyak zaitun.
    • Sapukan dengan lembut pada muka yang telah dibersihkan dengan air suam.
    • Biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah muka dengan air sebersihnya.
    • Lakukannya secara rutin seminggu sekali.

5. Menyihatkan kulit

Kandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin. Kecantikan kulit kita akan terjaga dengan nutrisi yang terdapat dalam lobak putih seperti vitamin C, zinc, vitamin B kompleks dan zat fosfor. Di samping itu, lobak putih juga mampu mengatasi masalah kulit gatal, infeksi dan ruam.

6. Menghancurkan batu karang

Lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretic dengan kandungan potassium yang tinggi. Pengidap penyakit batu karang boleh minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan.

Pengambilan jus lobak ini sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing. Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.

7. Menyembuhkan demam & panas badan

Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk menyembuhkan demam dan panas badan. Bila demam, makan sup lobak putih.

8. Menyembuhkan buasir dan sembelit

Jika mengalami masalah buasir atau kerap sembelit, lobak putih sangat membantu. Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita. Jadi ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami. Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit. Jadi, jika masalah sembelit kita semakin berkurangan, lambat laun penyakit buasir yang kita hidapi itu akan juga sembuh.

9. Membersihkan buah pinggang

Sup lobak putih berfungsi untuk membersihkan buah pinggang. Ini resepinya:

  • Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  • Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  • Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  • Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  • Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

10. Mengatasi masalah sistem penghadaman

Lobak putih mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.

Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

11. Mencegah kanser

Lobak putih mengandungi ‘isothiocyanates’ yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser. Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.

Lobak putih mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.

Di antara khasiat lain lobak putih ialah:

  • Menjaga kesihatan gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
  • Merangsang nafsu makan.
  • Menghilangkan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan.
  • Mengatasi masalah pencernaan.
  • Meredakan sembelit.
  • Merawat selsema.
  • Membantu mengurangkan gejala tuberkulosis atau batuk kering.
  • Lobak putih juga mempunyai kesan diuretik ringan yang membantu meningkatkan pengeluaran kencing oleh buah pinggang. Elok untuk pesakit batu karang.
  • Baik untuk pesakit diabetes.
  • Mengurangkan bronkitis.
  • Mengurangkan sakit tekak.
  • Mengurangkan gejala asma.
  • Mengurangkan batuk.
  • Mengurangkan selesema.
  • Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.

Memang tidak dinafikan terlalu banyak khasiat lobak putih, tapi jika yang pernah makan lobak putih ini mesti tahu akan rasanya yang kurang menepati selera tekak. Tapi apa salahnya mencuba pelbagai resepi lobak putih kerana khasiat lobak putih ini rugi jika kita abaikan.

Nota sakit pinggang : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five − 3 =