10 Tip Mengelakkan Bagasi Hilang di Lapangan Terbang

Kehilangan bagasi semasa berada di lapangan terbang sememangnya merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap penumpang. Bayangkan ketika anda sedang menunggu ketibaan bagasi anda, sehingga ke bagasi yang terakhir, anda masih lagi tidak berjaya menemuinya. Boleh buat kita menangis kalau beg hilang.

Namun kini anda tidak lagi perlu risau. Dengan adanya 10 tips hebat ini, anda pasti tidak akan kehilangan bagasi anda lagi.

#1 Buang label lama

Jika anda gemar mengumpul pelekat sebagai tanda kenangan sepanjang pengembaraan anda menaiki kapal terbang, anda harus segera membuangnya.

Hal ini kerana beg anda berisiko tinggi untuk diterbangkan ke kawasan lain secara tidak sengaja. Justeru, anda disarankan untuk memakai pelekat tanda nama anda bagi memudahkan pencariannya sekiranya ia benar-benar hilang.

#2 Daftar masuk awalbagasi hilang, hilang beg di airport, kehilangan bagasi di airport, cegah beg hilang di lapangan terbang, beg hilang di lapangan terbang

Menurut pekerja penerbangan, kebanyakan kes kehilangan bagasi adalah melibatkan penumpang yang lewat mendaftar masuk.

Lagi lambat anda daftar masuk, lagi tinggi peluang untuk beg anda tidak berjaya diterbangkan bersama atas sebab kegagalan pengurusan kemasukan ratusan beg ke dalam pesawat pada waktu yang tepat. Jadi, uruskanlah masa anda dengan bijak.

#3 Minta pekerja untuk melekatkan label ‘Fragile’ pada bagasi anda

Ini merupakan salah satu tips yang sangat popular. Dengan adanya label ini, beg anda akan mendapat layanan yang istimewa dan akan dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan penerbangan.

#4 Jangan membawa barang yang terlalu banyak dalam satu bagasi

Melalui pengakuan pekerja pengurusan bahagian bagasi, mereka akan mencampakkan beg para penumpang untuk menyusunnya. Jadi, lebih berat beg anda, lebih tinggi impak dan kerosakan yang akan dialami oleh beg anda.

#5 Digalakkan menggunakan bagasi yang berwarna terang

Jika anda menggunakan beg yang menyamai warna beg berpuluh-puluh penumpang lain, kebarangkalian beg anda untuk bertukar pemilik adalah tinggi. Jadi, pilihlah beg dengan warna yang lebih menonjol supaya dari jauh lagi anda sudah tahu itu adalah beg anda.bagasi hilang, hilang beg di airport, kehilangan bagasi di airport, cegah beg hilang di lapangan terbang, beg hilang di lapangan terbang

#6 Menggunakan waktu terluang untuk memeriksa bagasi ketika penerbangan singgah di negara transit

Stop-over merupakan kemudahan yang diberikan oleh penerbangan untuk singgah di negara transit selama beberapa jam mahupun hari. Justeru, anda harus memanfaatkannya dengan membuat pemeriksaan terhadap bagasi anda bagi memastikan ianya ada di dalam pesawat yang sama dengan anda.

#7 Gunakan lapisan pelindung beg

Anda boleh menggunakan pelbagai jenis lapisan pelindung beg bagi menjamin ketahanan beg anda daripada rosak.

#8 Menginsuranskan beg yang mengandungi barangan berharga

Pernah berlaku saru kes melibatkan kehilangan dan kecurian lapan iPad tidak berinsurans dalam sebuah beg penumpang. Pihak penerbangan telah memberikan sejumlah wang sebagai ganti rugi tetapi nilainya adalah sedikit berbanding kerugian yang perlu ditanggung oleh penumpang tersebut.

Bagi mengelakkan situasi tersebut, anda disarankan untuk menginsuranskan beg yang mengandungi barangan berharga.

#9 Memilih penerbangan hub

Hub merupakan lapangan terbang yang digunakan oleh beberapa penerbangan sebagai pusat pertukaran utama bagi penerbangan bersambung. Lapangan terbang hub ini mempunyai sistem pemindahan bagasi yang lebih sistematik berbanding penerbangan transit atau stop-over di lapangan terbang yang bukan hub.

BACA JUGA: Tip Elakkan Bagasi Dari Rosak Semasa Naik Kapal Terbang

#10 Membeli alat pengesan GPS

Jika anda takut kehilangan bagasi, anda sangat memerlukan alat pengesan GPS ini. Ianya kecil dan tidak begitu mahal.

Ia membolehkan anda untuk mengesan lokasi beg anda melalui satelit dan mendapatkan maklumatnya melalui emel atau telefon. Mudah, hanya meletakkannya di dalam beg dan jejak beg anda secara atas talian.

Sumber: BrightSide

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment