Bahaya Mengayuh Basikal Berlebihan Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang

Mengayuh Basikal Berlebihan Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang | Senaman berbasikal dalam gimnasium merupakan antara yang menjadi pilihan khususnya bagi individu yang sibuk bekerja kerana senaman berbasikal menggerakkan kesemua anggota badan secara serentak itu mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Begitu pun, menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Queensland, Australia, senaman berbasikal di gimnasium secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Ketua Penyelidik, Dr. Rob Eley berkata, senaman mengayuh basikal yang dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan tenaga seseorang individu berkurangan lalu sel-sel dalam badan boleh pecah.

mengayuh basikal

“Apabila sel pecah, ia akan mengeluarkan protein yang seterusnya merosakkan buah pinggang dan keadaan itu dipanggil rhabdomyolysis,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya seseorang itu mahu melakukan senaman atau mula bersenam, dia tidak seharusnya melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan diri.

“Pastikan anda berasa selesa ketika bersenam, bukan rasa terseksa,” ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Inilah 5 Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari, Jangan Biarkan Badan Selalu Lesu!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + seventeen =