Jom Lakukan Cabaran Selama 21 Hari Untuk Membakar Lemak Lebih Berkesan Setiap Pagi

Jom Lakukan Cabaran Selama 21 Hari Untuk Membakar Lemak Lebih Berkesan Setiap Pagi | Bersenam di pagi hari mempunyai banyak kelebihan yang membantu anda mudah bangun awal dan juga membantu usaha anda dalam mengurangkan berat badan sedia ada demi mencapai berat ideal.

Apabila anda melakukan rutin latihan ini setiap hari, anda akan “mendidik” badan anda untuk membakar lebih banyak kalori dengan cara yang cepat sepanjang hari. Tidak kira semasa anda duduk di pejabat mahukan sedang menonton drama di waktu malam.

Cabaran Membakar Lemak Selama 21 Hari

Dalam tempoh 3 minggu, anda akan membuang banyak lemak tepu di bahagian yang membonjol pada badan anda seperti perut, pinggang dan peha. Anda tidak perlu membazirkan wang dengan membayar yuran keahlian gym ataupun membeli peralatan senaman. Anda hanya memerlukan tikar yoga dan muat turun aplikasi timer atau boleh gunakan jam tangan anda.

Latihan Senaman

Pada minggu pertama, setiap senaman mengambil masa 30 saat dan anda perlu mengambil 15 saat rehat sebelum melakukan senaman seterusnya. Setiap jenis senaman anda perlu lakukan sebanyak 2 kali.

Pada minggu kedua, tempoh untuk setiap satu senaman mestilah mengambil masa 55 saat dan seperti minggu pertama anda perlu mengambil masa 15 saat berehat sebelum melakukan senaman berikutnya. Setiap jenis senaman perlu diulang sebanyak 2 kali.

Pada minggu terakhir, setiap senaman mengambil masa 80 saat dan anda perlu mengambil masa rehat selama 10 saat sahaja sebelum meneruskan senaman. Lakukan sebanyak 3 kali untuk setiap jenis senaman.

1. Burpeesmembakar lemak

 

2. Inch wormsmembakar lemak

 

3. Mountain climbersmembakar lemak

 

4. Squatsmembakar lemak

 

5. Skatersmembakar lemak

 

6. Planksmembakar lemak

Pastikan anda berkongsi aktiviti ini dengan rakan-rakan yang positif untuk memastikan motivasi diri anda sentiasa tinggi dan mencapai target membakar lemak yang anda sasarkan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight + sixteen =