Nak Memancing Lampam Sungai, Inilah Petua Turun Temurun Harus Cuba

Di dalam mencari ilmu memancing untuk ikan seperti lampam ini, beberapa petua dan teknik memancing perlu dilakukan. Selalunya pemancing otai akan gunakan perambut sepanjang 6-12 inci yang berketahanan 6lb untuk memancing ikan ini. Jenis mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4-6 atau mata kail udang bersaiz 9-11 boleh digunakan.

Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mensasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.

Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung di mana ia merupakan teknik yang paling popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya.

lampam

Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.

Ikan lampam sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail.

Bagaimanapun apa yang mereka sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya cangkukan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi.

lampam

Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.

PETUA MEMANCING LAMPAM OLEH ORANG ASLI

Sesetengah Orang Asli di beberapa tempat juga ada ramuan tersendiri untuk menyediakan umpan ikan lampam sungai. Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit.

Bahan-bahan digaul biar sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing). Jenis umpan kedua yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini digaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata kail).

lampam

Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan di sesuatu lokasi memancing. Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu.

Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing. Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik.

Populasinya yang tinggi dan tabiat pemakanannya yang tidak memilih juga memudahkan kita untuk memancingnya jika ikan yang diidamkan pemancing langsung tidak dapat.

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 3 =