Orang Ada Masalah Tekanan Darah Rendah, Jangan Silang Kaki Semasa Duduk!

Masalah tekanan darah rendah boleh berlaku pada sesiapa. Menurut orang yang menghidapi low blood ini, ia lebih menyiksakan daripada tekanan darah tinggi. Bacaan tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. Puncanya juga ada banyak faktor.

Antaranya

  • Kehamilan
  • Masalah jantung
  • Masalah hormon
  • Kurang darah
  • Kurang air
  • Jangkitan teruk
  • Alahan teruk
  • Tidak cukup nutrient
  • Kurang garam
  • Ubat ubatan
  • Akibat perubahan postur duduk ke berdiri
  • Selepas makan

Selain itu, blood presure yang terlalu rendah menyebabkan bekalan oksigen ke organ berkurangan dan akibatkan komplikasi kepada jantung dan otak.tekanan darah rendah

BACA JUGA : 9 Bahaya Tekanan Darah Rendah, Punca, Simptom Dan Rawatan

Sekiranya anda sering alami gejala pening dan pitam , dapatkan pemeriksaan dan rawatan kerana ada risiko kecederaan akibat terjatuh. Malah, mata kabur ketika anda tukar posisi badan serta tidak dapat fokus juga menjadi gejala yang ketara.

Cara-cara pencegahan tekanan darah rendah:

  • Minum air
  • Berdiri dengan perlahan
  • Elakkan silang kaki semasa duduk
  • Elakkan berdiri terlalu lama
  • Perngambilan garam optimum
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat

Sumber: Public Health Malaysia

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × five =