Cara Mudah Masak Nasi Sikit Tanpa Kerak Untuk 1 Orang Nak Makan. Tak Membazir

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Tanpa Kerak Untuk 1 Orang Nak Makan. Tak Membazir | Kalau kita masak nasi macam biasa, memang banyak juga kan nasi yang melekat pada periuk? Kadang-kadang rasa tak berbaloi nak masak nasi kalau kita seorang saja nak makan. Kerak pula yang lebih dari nasi kalau setakat nak masak nasi sikit untuk sendiri nak makan.

Dalam perkongsian artikel kali ini, ada tips berguna yang dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz, khas untuk anda yang selalu mengalami ‘dilema’ begini nak makan nasi tapi tak nak masak banyak-banyak takut membazirkan.

Cara masak nasi yang ditunjukkannya ini memang sesuai untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit, contohnya untuk 1-2 orang makan. Kadang-kadang orang lain di rumah semua makan bihun goreng tapi ada seorang anak kecil yang tak boleh makan pedas dan kita nak beri makan nasi, bolehlah juga guna cara ini.

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Tanpa Kerak Tak Membazir

Mudah saja sebenarnya cara masak nasi sikit tanpa kerak dan tak membazir. Menurut Puan Amalina, kali pertama beliau mencuba masak nasi dengan teknik ini terus berjaya.

Jom tengok cara yang dikongsikannya langkah demi langkah.

1. BASUH BERAS

Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.

2. MASUKKAN AIR SECUKUPNYA

Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.

Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.

masak nasi sikit

3. ISIKAN AIR DALAM PERIUK RICE COOKER

Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.

4. MASAK SEPERTI BIASA

Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.

WAH, CANTIK KEJADIANNYA!

Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?

masak nasi sikit

Lain kali tak ada alasan lagi malas nak masak nasi sebab sorang-sorang di rumah. Boleh masak dalam kuantiti sedikit macam ni. Lepas tu goreng telur dan ngap. Kan senang tu. Tak payah susah-susah pergi tapau dekat kedai mamak. Kita pun tak adalah terlebih makan bila dah masak cukup-cukup macam ni je.

Tengok tu, tak ada kerak pun dan tak payah leceh-leceh nak rendam periuk nasi lagi masa mencucinya.

Senang sangat. Kena cuba tau masak nasi sikit dengan cara ni. Silalah share kalau bermanfaat.

*Tips masak nasi sikit tanpa kerak ini dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz menerusi Facebook.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × four =