Benarkah Mandikan Bayi Air Sejuk Tulang Akan Jadi Kuat? Fakta Atau Mitos?

Benarkah Mandikan Bayi Air Sejuk Tulang Akan Jadi Kuat? | Sebagai ibu dan ayah yang baru menimang cahaya mata, pelbagai nasihat dan tip yang mungkin kita akan dengar dari ramai orang. Antaranya hal berkaitan cara mandikan bayi; ada yang kata elok guna air sejuk, tapi tak kurang juga yang berpendapat bahawa ia boleh membahayakan bayi.

Suhu Terbaik Untuk Mandikan Bayi

Menurut BabyCenter, suhu yang paling sesuai untuk memandikan bayi baru lahir adalah 37 darjah Celcius, iaitu air suam yang lebih kurang sama dengan suhu badan.

Dr Attila, seorang pakar kanak-kanak menjelaskan bahawa bayi yang baru lahir, terutamanya bayi pramatang, tidak seharusnya dimandikan menggunakan air sejuk. Seeloknya, bayi dimandikan dengan air suam hingga usianya sekitar 2 bulan, tapi lebih ideal jika menunggu hingga usia bayi 6 bulan.

Menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan, kesan paling mandi air sejuk bagi bayi antaranya adalah mengalami hipotermia. Ia adalah sebuah kondisi di mana keadaan suhu tubuh yang menurun secara mengejut sehingga wajah bayi nampak kebiru-biruan dan lupa cara bernafas. Ini kerana lapisan kulit bayi masih terlampau tipis jika ibu bapa memandikan bayi menggunakan air sejuk.

mandikan bayi

Benarkah Bayi Yang Dimandikan Air Sejuk Lebih Kuat?

Menurut beberapa tradisi orang lama, memandikan bayi dengan air sejuk mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Ia sebenarnya bukan saja sesuatu yang dilakukan oleh nenek-nenek dan ibu-ibu kita di Malaysia, tetapi juga di luar negara. Malah, ada beberapa negara seperti Rusia yang mempunyai tradisi memandikan anak mereka di dalam air sejuk semasa musim salji.

Secara saintifiknya, terdapat beberapa kajian yang menyokong kebaikan mandi air sejuk. Namun, kajian tersebut umumnya adalah untuk orang dewasa dan bukanlah spesifik untuk bayi.

Cara Mandikan Bayi Dengan Selamat Jika Mahu Guna Air Sejuk

Sungguhpun begitu, jika anda mempercayai bahawa bayi anda sudah bersedia untuk dimandikan dengan air sejuk, perhatikan beberapa cara mandikan bayi ini dengan cermat.

  • Perhatikan suhu sekitar. Pastikan ia bukan musim tengkujuh di mana cuaca sedang sejuk
  • Elakkan suhu air yang terlalu sejuk. (Kalau kita sendiri pun rasa sejuk, apatah lagi bayi.)
  • Pastikan bayi berada dalam keadaan sihat. Tidak demam, batuk atau sakit-sakit lain.
  • Sediakan tuala di tempat yang berhampiran supaya selepas mandi bayi boleh terus dipakaikan dengan tuala secepatnya.
  • Tidak disarankan untuk memandikan bayi baru lahir atau newborn dengan air sejuk. Ini kerana, kulitnya masih tipis dan cara tubuh badannya mengaturkan suhu masih belum stabil.

Selamatkah Bayi Dimandikan Air Sejuk Ketika Demam?

Dr Abdul Rahim Nor menjelaskan salah satu kesilapan ibu bapa dalam cara mandikan bayi dan anak kecil adalah ketika mereka demam. Menurutnya, tidak wajar memandikan bayi atau anak kecil dengan air sejuk ketika mereka demam untuk menurunkan suhu. Sebaliknya, cukuplah sekadar melakukan tepid sponging, iaitu menyapu tubuh mereka dengan kain lembab.

Jika ingin dimandikan, boleh, tetapi janganlah menggunakan air sejuk atau ais. Ia bukannya menurunkan suhu tubuh tapi boleh meningkatkan lagi suhu badan mereka apabila pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa oleh darah ke kulit terhalang.

Oleh itu, sebelum kita melakukan sebarang petua, pastikan kita mempertimbangkan juga kesesuaian bayi dan keadaan kesihatannya dengan teliti.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

10 + 8 =