Jika Malaysia Hadapi Recession, Lelaki Ini Kongsi Perkara Penting Perlu Dilakukan!

Jika Malaysia Hadapi Recession, Lelaki Ini Kongsi Perkara Penting Perlu Dilakukan! | Susulan penularan pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sejak beberapa bulan yang lalu tidak dinafikan turut menjadikan ekonomi negara kian merosot.

Menurut laporan, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, penularan pandemik Covid-19 menjejaskan pertumbuhan merentasi ekonomi utama dan serantau termasuk Malaysia di mana kebanyakannya melaksanakan langkah sekatan dan kawalan pergerakan yang menjejaskan aktiviti ekonomi dan permintaan.

Malah, beliau turut berkata bahawa penularan virus itu mencetuskan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku dan pihaknya mengunjurkan ekonomi negara akan menguncup pada suku kedua 2020.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki di laman Twitter turut membahaskan tentang isu kelembapan ekonomi yang mungkin bakal dihadapi oleh negara Malaysia dalam masa beberapa bulan dari sekarang

BACA: Bijakkah Keputusan Beli Rumah Ketika Ekonomi Meleset?

Menurut perkongsian melalui rangkaian tweets yang ditulis olehnya, dia memberitahu bahawa setelah membaca satu berita yang dikeluarkan oleh portal Bloomberg, dia ‘terpanggil’ untuk berkongsi pendapat tentang apa perlu rakyat lakukan jika recession ini berlaku.

Baca perkongsian penuh di bawah:

recession

Tadi aku baru terbaca dekat bloomberg yang jabatan statistik negara akan menjangkakan yang kita akan menghadapi recession dalam masa 6 bulan daripada sekarang. Bila news ni keluar, ini bermakna kita kena bersedia daripada sekarang dan apa perlu kita buat. Ini adalah thread.

Sebelum tu kita kena tahu apa itu recession, recession adalah term yang digunakan untuk memberitahu kelembapan economi. Kelembapan ekonomi boleh berlaku secara peringkat negara, group, ataupun global. Dalam case sekarang, recession berlaku secara peringkat global.

Macam mana nak tahu recession tu akan berlaku? Melalui Jabatan ekonomi negara yang keluarkan report setiap 3 bulan metricsnya GDP decline growth sebagai contoh klu kita capai Q1 adalah 3.5% tetapi pada Q2 kita mencapai hanya 2.7% sahaja dan lebih teruk jika ianya jatuh negative.

Jadi mcm mana setiap negara mainkan peranan untuk melambatkan recession terjadi? Ada dua cara :

  1. Stimulus packages macam BPN yang memberi cash untuk rakyat terus berbelanja dan cashflow dalam negara berjalan.
  2. Interest rate dikurangkan, untuk menggalakkan ramai buat pinjaman.

Tapi kita kena tahu stimulus packages dan interest rate yang rendah ni hanyalah pertolongan pendek jika kita tak dapat kawal perbelanjaan kita ketika cash ada di tangan. Sebenarnya kita kena tahu yg apabila mereka yg predict nk terjadinya recession atas faktor ni sebagai metric

Unemployment Rate

Haritu negara kita keluarkan report seramai 605k rakyat kita tidak bekerja dan kena buang kerja. Ini tak termasuk yg kena unpaid leave dan gaji yang dipotong. Apabila ni terjadi, mereka buat probability apa akan jadi salah satunya kutipan cukai berkurangan.

Secara logiknya apabila kutipan cukai berkurangan, maka negara kurang pendapatan dan maka keluarlah report yang negara kehilangan pendapatan. Effect ni juga datangnya dengan banyak bisnes akan stay survive dan mana yang tak mempunyai kewangan yang kukuh akan jatuh bankrupt.

Jadi sebagai individual apa yg kita perlu prepare?

1. Membezakan keperluan dan kehendak – aku tak suka nak sarankan orang lebih kepada menyimpan sebab ni akan sekaligus drag ekonomi akan jatuh lebih teruk dan terjejas. Perkara terbaik adalah bezakan 2 ni dan simpan selebihnya.

2. Kekal bekerja dan jadi lebih rajin – Di saat byk syarikat buang orang dan tutup, ramai hilang kerja dan bersyukurlah kalau korang masih kerja di waktu sekarang. Kalau tak suka macam mana pun, kerja sebaiknya buat terbaik, ni bukan zamsn nak memilih unless kau ada kewangan kukuh.

3. Kurangkan komitmen – Ada komitmen yang menjadi keperluan kita nk ambil dan ada yang tak perlu. Macam case aku, aku jarang guna Netflix and sportify jadi aku akan cut sementara nak beri ruang supaya tak tersangkut komitken penting lain, yang penting ada simpanan dan boleh makan.

4. Support peniaga kecil – Waktu keadaan ekonomi lembap ni yg paling terasa bisnes-bisnes kecil yang tepi jalan mcm makcik kiah jual goreng pisang. Ada benda yg kita biasa beli kat franchise boleh tukar ke peniaga kecil Ingat ni, kalau kita tolong orang, tuhan akan tolong kita.

5. Upgrade skill – Di dalam kelembapan ekonomi biasanya terjadi ekonomi reset yg ada industri yg menguncup dan ada yg menaik boleh refer world economic forum pekerjaan apa akan demand masa datang. Kalau nak tukar kerja dgn gaji tinggi syarikat pun prefer candidate yg knowledgeble.

6. Belajar untuk invest – apabila terjadi recession dan ekonomi pulih akn terjadinya inflasi, di mana duit RM100 skg takkan sama valuenya mcm dulu. Jadi utk kita blh lwn inflasi kita perlu bljr kembangkan duit kita. Maka ianya berkait dgn point atas knp perlu upgrade skill kita.

7. Side Hustle – Cari satu benda yg kita blh untuk jadikan income tambahan waktu macam ni, di zmn internet ni semuanya ibarat limitless jika kita belajar dgn betul. Dropship, agent, affiliate jgn buat produk sendiri, tapi jual produk orang di store sendiri. sekarang e-commerce.

8. Prepare kewangan – 3-6 bulan untuk bertahan Dalam pasca covid ni pun kita nampak yang siapa kurang simpanan akan terasa tak kisah T20 apatah lagi B40, jadi ini sangat penting supaya kita tak termasuk jadi mangsa recession ni. Tindakan sekarang lebih baik akan bantu kita nanti.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 + three =