Malas Cuci Tuala Mandi Jadi Punca Bakteria Membiak

Tuala mandi adalah tempat pembiakan bakteria yang sering diabaikan oleh manusia. Walaupun kain itu mengering tetapi sebenarnya ia adalah tempat dimana segala sel-sel kulit mati, urin, kesan nasjis dan kuman-kuman lain berkumpul.

Tuala mandi yang telah digunakan seharusnya dijemur sehingga kering ataupun terus dicuci. Ia seharusnya diganti setelah tiga kali digunakan jika tidak segala jenis bakteria akan terus beranak pinak pada tuala tuala tersebut.

Tuala mandi merupakan tempat yang paling strategik bagi kuman dan bakteria untuk bermastautin kerana mempunyai cukup kandungan air, suhu, oksigen, nilai pH dan makanan.

malas cuci tuala mandi, kebersihan tuala mandi, kerap tukar tuala mandi, jaga tuala mandi, bersihkan tuala mandi, cuci tuala mandi

Selain itu, tubuh badan kita juga adalah pengantara yang terbaik dan paling sesuai sehinggakan hampir keseluruhan badan manusia sebenarnya ditumbuhi bakteria mikrob termasuk luar dan dalam.

Sebahagian daripada bakteria, mikrob, sekresi dan puing-uing sel yang hidup dipermukaan kulit badan kita ini yang akan ikut melekat dan berkembang membiak pula di tuala.

Walaupun sebahagian bakteria mikrob itu tidak mendatangkan sebarang bahaya, adalah sangat tidak digalakkan untuk menggunakan tuala yang sama dalam tempoh waktu yang lama.

Oleh disebabkan itu lah, kita tidak digalakkan untuk berkongsi tuala mandi dengan orang lain. Ia akan menyebabkan badan kita terdedah dengan pelbagai penyakit seperti bisul, jerawat atau sebarang infeksi lain.

Jika mahu lebih selamat, rajin-rajin lah cuci dan tukar tuala mandi anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 7 =