Makanan Berkulat Perlu Dibuang Atau Tidak ? Ketahui Mana Satu Betul Di Sini

Kecewa rasanya bila makanan kegemaran yang disimpan dalam pantri mahupun peti sejuk didapati telah pun berkulat. Adakah ia menandakan makanan tersebut telah ‘expired’ dan harus dibuang serta merta?

Ada yang berkata bila makanan ditumbuhi kulat, ia langsung tidak boleh dimakan kerana berbahaya kepada kesihatan. Namun, ada juga berkata hanya buang bahagian berkulat dan makanan itu masih boleh dimakan.

Makanan Berkulat Perlu Dibuang Atau Masih Boleh Dimakan. Mana satu yang betul?

Memetik laman Huffingtonpost, tidak bermaksud makanan yang berkulat itu merosakkan anda atau membuatkan anda jatuh sakit.

Lihat sahaja contoh seperti blue cheese yang memang lazimnya dipenuhi dengan kulat. Ia boleh dimakan dan rasanya ya memang lazat. Pun begitu, memang benar, bukan semua makanan berkulat itu rosak dan bukan juga elok. Ia adalah bergantung kepada jenis makanan itu sebenarnya. Jom lihat, jenis makanan dan apa jadi bila ia sudah ditumbuhi kulat:

1. Buah-buahan:
Buah yang mempunyai isi keras mempunyai kelembapan yang rendah, ia masih boleh dimakan bila ditumbuhi kulat. Hanya potong bahagian berkulat dan selebihnya boleh dimakan.

Bagaimanapun, buah yang mempunyai isi lembut seperti pic dan strawberry contohnya, mempunyai kelembapan tinggi dan perlu dibuang jika ditumbuhi kulat.

2. Sayur-sayuran:
Sama seperti buah, sayuran yang memiliki isi keras seperti lobak dan kobis, masih boleh dimakan, cuma bahagian berkulat dibuang.

makanan berkulat

3. Makanan lain:
Kebanyakan makanan yang mempunyai tekstur lembut dan tinggi lembapan, harus dibuang bila berkulat. Ini termasuklah daging merah, pasta yang telah dimasak, keju lembut, yogurt, krim, jem, roti dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kulat ini tidak sama kesannya terhadap roti. Seperti mana yang kita tahu, roti merupakan makanan yang diperbuat dari gandum dan perlu diletakkan di dalam suhu bilik.

Roti masih boleh dimakan jika tamat tarikh luput dan tidak ada sebarang kulat atau bau masam. Namun, jika roti itu menunjukkan ada kesan kulat walau sedikit, anda perlu jauhi dan jangan sesekali memakannya.

Mengapa? Ini kerana bahagian roti tersebut sudah tercemar dengan mikroorganisma yang mengandungi sejenis alga, kulat, bakteria dan spora yang berbahaya dan tidak elok pada kesihatan.

Kesan Kulat Pada Tubuh Badan

Memetik kenyataan daripada penulis terkenal gaya hidup Sadie L. Trombetta berkata, roti yang sudah berkulat perlu dibuang kerana sudah tercemar dengan kulat di bahagian liang-liang roti.

Kulat itu juga bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi haiwan juga boleh jatuh sakit jika termakan makanan yang sudah berkulat.

Namun, jika anda sudah memakannya dalam keadaan sedar atau tidak, ianya berkemungkinan besar akan memberi kesan terhadap kesihatan anda tetapi bergantung juga pada individu itu.

Kebanyakan individu mempunyai imun badan yang normal dan amat sukar untuk jatuh sakit. Sebaliknya, ada juga individu yang terlalu sensitif terhadap makanan walaupun makanan itu hanya berkulat sedikit.

Apa yang lebih membimbangkan, kulat ini boleh membawa maut dan jangkitan kepada individu yang menghidap penyakit asma, alergi mahupun penyakit berbahaya yang lain.

Jika sudah makan kemudian anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada badan, anda perlu mendapatkan rawatan doktor bagi daripada terkena keracunan makanan, demam, muntah, batuk, selesema dan beberapa simpton lain.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

thirteen + four =