Main Tarik Kerusi Boleh Lumpuhkan Badan, Netizen Kongsi Pengalaman

Main Tarik Kerusi Boleh Lumpuhkan Badan, Netizen Kongsi Pengalaman | Apabila pelajar pulang dari tandas dan menuju ke tempat duduk, ketika dia sedang bersedia untuk tarik meja ke hadapan dan melabuhkan punggung di atas kerusi, dia berada dalam keadaan yang sangat terdedah.

Ini kerana seseorang boleh melakukan perkara yang tidak dijangka menyebabkan dia tidak sempat mengelak, iaitu menarik kerusinya sebelum dia duduk.

Akibatnya pelajar malang itu akan terjatuh dengan hentakkan yang kuat. Situasi itu bukan sahaja menyakitkan tetapi juga memalukan.

Walaupun kebanyakkan pelajar melakukan tindakan itu sebagai gurauan dan bukan sengaja untuk menyakiti rakan mereka, perkara itu boleh memudaratkan.

Seperti baru-baru ini, seorang pengguna Twitter warga Indonesia telah mendedahkan kejadian yang menimpa dirinya gara-gara dikenakan dengan prank itu selama bertahun-tahun.

Akibat daripada gurauan itu, tulang coccyx dan tulang belakangnya patah menyebabkan dia lumpuh dan tidak dapat bergerak selama berbulan-bulan.

Walaupun kelumpuhan itu hanya sementara, pengalaman tersebut tentunya perit dan tidak patut dilalui oleh sesiapa.

Berikutan daripada kisah gadis 19 tahun bernama Sinta itu, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka dikenakan gurauan kasar tarik kerusi itu.

“Nak saman kawan yang tarik kerusi kesian…”

tarik kerusi

“Pernah buat mcm ni sampai member nangis…”

tarik kerusi“Sampai sekarang sakit pinggang…”

“Nak hiking, sport semua tak boleh dah…”

tarik kerusi

“Nak duduk bersila ke, bersin ke, batuk ke semua sakit…”

tarik kerusi

“Masih geram org tarik kerusi…”

“Kalau gurau dalam otak tak pikir orang lain…”

tarik kerusi

“Pegang kerusi tu…”

tarik kerusi

Sumber: Twitter

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 4 =