7 Tip Leraikan Pergaduhan Adik Beradik. Jangan Dibiar, Lagi Teruk Akibatnya!

7 Tip Leraikan Pergaduhan Adik Beradik. Jangan Dibiar, Lagi Teruk Akibatnya! |BISMILLAH

“ Adik nak basikal besar macam abang! Kenapa adik dapat yang kecil. Ayah tak aci. Ayah tak adil. Ayah pilih kasih!”

Pergaduhan adik beradik memang lumrah dalam keluarga. Anak-anak kerap membanding-bandingkan antara satu sama lain. Seorang dapat perhatian lebih, anak-anak yang lain juga berlumba-lumba inginkan perhatian yang sama hingga boleh bergaduh mulut. Seorang dapat barang baru, yang lain-lain pun inginkan barang yang sama. Akibatnya terjadi perebutan hingga sampai bertumbuk. Situasi ini juga dipanggil sibling rivalry.

Pergaduhan Adik Beradik Yang Boleh Ke Arah Dendam Sampai Dewasa

Orang kata hubungan adik beradik bak “air yang dicincang takkan putus”, tapi takut juga jika pergaduhan adik beradik boleh jadi penyebab mereka tak sebulu apabila meningkat dewasa.adik beradik, pergaduhan adik beradik, adik beradik gaduh, adik beradik bertengkar, adik beradik tak sepakat
JADI, APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK LERAIKAN PERGADUHAN ADIK BERADIK ?

1. PANTAU CEPAT SEBELUM JADI PERGADUHAN
Jika anda terdengar saja mereka mula bersungut, cepat-cepat datang. Elak jadikan pergaduhan satu tabiat setiap kali ada rasa tak puas hati antara adik-beradik.

2. DENGAR
Beri peluang setiap anak untuk meluahkan apa yang dirasakan. Kadangkala kita terus memarahi tanpa usul periksa dek kerana marah. Jangan. Dengar. Barangkali ada sesuatu yang mengganggu perasaannya.

Biasanya anak yang lebih tua akan berasa kecil hati dengan kehadiran adik baru. Kadang-kadang, adik pula mahukan semua benda yang abang ada walaupun tidak sesuai dengan saiz dan keupayaannya. Terangkan pada mereka secara berhemah.

3. PISAHKAN
Jika mereka bergaduh, leraikan dan asingkan mereka terlebih dahulu agar masing-masing dapat bertenang. Seelok-eloknya, nasihatkan anak seorang demi seorang secara sendirian dengan anda, seperti di dalam bilik tanpa didengari yang seorang lagi.

4. JANGAN SEBELAHI SESIAPA
Elak sebelahi satu-satu pihak kerana anak yang tidak disebelahi bukan sahaja akan benci pada anda tapi juga pada adik beradiknya itu.

BACA JUGA: Rahsia Kekalkan Hubungan Baik Adik Beradik, Amalkan 6 Cara Ini Dalam Diri Anak Sejak Kecil

5. BINA SEFAHAMAN
Jangan biarkan pergaduhan adik beradik berterusan sehingga masing-masing tidak bertegur sapa. Cari jalan penyelesaian agar ia tidak berpanjangan sehingga merosakkan hubungan adik beradik. Mungkin anda boleh mencadangkan aktiviti keluarga seperti perkelahan dan solat berjemaah.

6. BUAT PERATURAN
Ambil tindakan pada anak-anak yang memulakan pergaduhan walaupun sekecil mana.

7. LAYAN SAMA RATA
Jika yang sulung diberikan barang baru, pastikan adik-adiknya juga diberikan barang baru. Bila diberi layanan sama rata, takkan timbul perasaan pilih kasih.

8. GALAKKAN MEREKA TOLONG-MENOLONG
Ajarkan mereka membantu kerja rumah yang dapat dilakukan secara bekerjasama. Anda pun boleh turut serta untuk memantau.

9. BELAJAR MENGHORMATI DAN MENYAYANGI
Ceritakan kebaikan abang kepada adik, dan begitu juga sebaliknya supaya mereka lebih memahami. Elakkan mengkritik atau memberi komen negatif walaupun ketika mereka dimarahi supaya timbul perasaan hormat terhadap ahli keluarga.

FOKUSKAN KE ARAH PERSAINGAN YANG POSITIF

Bukan semua pergaduhan adik beradik itu menjerumus pada konflik negatif semata, ada juga yang menjadikannya sebagai satu persaingan sihat yang membawa kebaikan. Contohnya, berlumba-lumba memperoleh markah terbanyak dalam peperiksaan menjadikan anak-anak fokus dalam pelajaran.

Akhir sekali, jangan lupa untuk selalu memanjatkan doa untuk anak-anak kita supaya dilembutkan hati dan dianugerahi dengan sifat penyayang.

Tonton Video Ini : Ust Azhar Idrus- Tak Bertegur Adik Beradik

BACA JUGA: 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Naik Kepala

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 1 =