Home All Petua DIY Lepas Winscoting, Kini Accent Wall Pula. Boleh Buat Kalau Rasa Dinding Rumah...

Lepas Winscoting, Kini Accent Wall Pula. Boleh Buat Kalau Rasa Dinding Rumah Kosong, Modal Cuma RM200!

1900
0
Lepas Winscoting, Kini Accent Wall Pula. Boleh Buat Kalau Rasa Dinding Rumah Kosong, Modal Cuma RM200!

Sebelum ini wainscoting jadi ikutan peminat dekorasi kediaman, terbaru accent wall pula. Hiasan dinding daripada kayu yang diatur dengan corak tersendiri.

Selain cantik, accent wall ini juga lebih murah dan paling penting boleh dibuat sendiri. Caranya dikongsi oleh Adam Juni.

Port untuk bergambar

Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau panggil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni. At least boleh ada la port untuk bergambar!

Buat yang berminat nak buat sendiri, saya sediakan step by step di setiap gambar.

Barang yang diperlukan

accent wall

  1. Kertas pasir tu kasar dan halus. Sekeping sudah.
  2. Sesiku L tu boleh ganti dgn jangka sudut.
  3. Penembak gam tu kene beli la, kang nanti jenuh nak tunggu silicon tu x kelua kelua.
  4. Gergaji tu pakai je ape yang ada.
  5. Pensel dgn pengorek auto tu penting. Buat garisan kat kayu ni, laju je pensel tu haus.
  6. Kalau ade bajet, ganti masking tape tu dengan Nippon Washi Tape. Order kat shopee sudah, hardware ni memanjang x de stock.
  7. Amik la meja yang paling cikai untuk buat alas tempat kerja. Takkan la gergaji kat lantai pulak kan.
  8. Cat tak masuk sebab belum beli lagi.

Total semua ni termasuk cat dalam RM150.

Ni pulak kayu spin nama dia. Hardware yang besar sikit ada jual. Kalau boleh pilih sendiri sebab ko boleh la pilih yg lurus dgn smooth permukaan dia. Beli la lebih sikit buat spare. saya beli 22 batang. Sebatang 6 kaki. Saiz 1 inci x 1/2 inci. Harge 2 ringgit lebih sebatang. So total dalam RM 50.accent wall

Design pilihan untuk accent wall

Kita mulakan dgn ukuran dinding (dalam cm, inci dan kaki) dan yang paling penting ialah design yang mana menjadi puujaan hatimu.accent wall

Cara membuat

1. Ni dinding yang asal suci murni

accent wall

2. Dah boleh mula lekat kan kayu tu ikut design dan ukuran asal. Boleh je kalau nak cat dulu.Kayu kena la sambung sikit untuk jadikan panjang. Ye la kan die jual panjang 6 kaki.

accent wall

3. Ha dah siap lekat dan potong hujung-hujung yang berkenaan tu. Pakai jangka sudut tu lagi senang dari sesiku L sebenarnya. Murah pulak tu.

accent wall

Bulat kat atas tu, namanya spacer. Buat la 2 batang. So bila nak letak kayu tu, parking spacer tu kat belah hujung, maka terletak cantik la kayu tu. Tak payah la nak ukur satu-satu space antara kayu tu kan.

4. Dah setel, cabut semua kayu utk proses sanding

5. Nampak tak marking setiap posisi kayu. Buat 3 marking.

  • 1 kat layout design
  • 1 kat kayu tu
  • 1 kat dinding

So tak de la mengagau carik kayu yang mana untuk part yang mana kat dinding.

6. Ni ada gambar time tengah cabut kayu sekali dgn buat marking.

7. Lepas tu cat la dulu dinding ikut warna yang dah dipilih. Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding.

Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding. Untuk kayu yang degil tak nak lekat, paku kan saja. Antara joint kayu tu, letak wood filler. So cantikla sambungan dia.

BACA:7 Cara Warna Cat Dinding Rumah Mempengaruhi Aura & Mood Anda

8. Cat kayu ikut warna background. Lepas touch up mana-mana yang comot. Maka selesailah accent wall @ feature wall bermodalkan RM 200.

SIAP ACCENT WALL

Info tambahan

Ni gambar masa proses sanding. Tengok gambar putih tu lepas sanding. Kan flawless. Yang pink keadaan sebenar dari kedai. Ada yang siap bergerigi. Kalau boleh, pergi pilih kayu tu sendiri.

Sumber: Adam Juni

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here