Home Resipi Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

3752
1

Lemang selalunya dimasak dalam batang buluh, dibakar dengan kayu api serta dijual waktu musim raya. Tapi kalau teringin nak makan lemang mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Boleh guna air fryer, bakar atau kukus dalam oven pun boleh.

Boleh cuba buat lemang tin masak menggunakan Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Cik Gu Eyna ini.

Saya nak share buat lemang af (air fryer).

Bahan-Bahan:

  • 6 tin kosong (buang bahagian atas)
  • 18 sudu makan pulut (3 sudu makan X 6 tin pulut)
  • Santan beli Rm5
  • Daun Pisang

Cara Membuat:

  1. Potong tin ikut ketinggian air fryer masing-masing.Masukkan daun pisang.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

2. Pastikan pulut direndam 1/2 jam dengan air, kemudian toskan dan rendam pula dengan santan bagi lagi berlemak. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan gunakan santan itu juga masukkan atas skit dari permukaan pulut. Jika nak lembut, tambah lagi santan, perasakan dengan garam sikit.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

3. Masukkan dalam air fryer. Kalau takde af boleh kukus atau bakar dalam oven. Step 1 suhu 160 selama 30 minit. Step ke 2 set suhu 180 selama 15 minit. Ikut suka, nak garing lagi boleh tambah masa.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

4. Saya guna af.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

5. Hasilnya. Ada orang suka berkerak, so boleh tambah masa.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

6. Kejadiannya.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!7. Lemak berkrim.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

8. Sedap dimakan dengan rendang.

Lemang Tin Guna Air Fryer,Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

Info Ekstra!

  • Masa nak keluarkan dari tin, hentak-hentak manja dulu…lepas tu keluarkan supaya padat sikit, tapi jangan kuat sangat.

Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Tip Mengelak Dari Terkena Tipu Masa Beli Lemang

Jadi buat mak-mak yang ada air fryer tu, jika teringin nak makan lemang ekspress boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Mudah sangat.

Sumber: Cik Gu Eyna

TERUSKAN MEMBACA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here